Tuesday, March 13, 2012

Pokok Sampaian: Barakallah

Ramai yang bertanya saya, sudah pensyarah kanankah? Pertanyaan ini datang daripada sahabat-sahabat dalam universiti dan luar universiti.

Bila dijawab belum, ramai yang merasakan ia sesuatu yang pelik atau terkejut. Namun begitu, walaupun belum mendapat pensayarah kanan, merit saya sudah mencapai 88% merit pensyarah kanan.

Bukan tidak mahu memohon tetapi ia perlu sokongan pihak atasan fakulti. Markah merit untuk pensyarah kanan adalah 80%. Namun begitu, mungkin ada sahabat-sahabat yang sudah mencapai 100% merit pensyarah kanan tetapi masih lagi pensyarah biasa.


Apabila eseorang ahli fakulti yang banyak berjasa bertanya kepada pihak atasan, bukan sokongan yang dapat tetapi jawapan dan alasannya diminta sambung pengajian ke PHD.

PHD itu sama ada physical head damage atau perasaan hasad dengki, tidak tahu yang mana satu.


Apa pun, masih ada diambil pensyarah kanan daripada luar yang tiada PHD. Bukan pertikai kredibilitinya tetapi hormatilah kaki tangan dalaman yang bertugas sebelum ini.

Ini menjadi bualan hangat dikalangan ramai kaki tangan universiti.Kredibilitinya memang hebat tetapi jasanya pada fakulti baru bermula dan sedikit berbanding dengan kaki tangan lama yang telah berkhidmat bertahun-tahun.


Apa pun bersyukur kepada rezeki Allah Taala. Apa pun sebabnya tidak mendapat perjawatan kanan iaitu tidak pandai mengampu bos atau perasaan dengki atau

sikap pilih kasih pihak atasan atau sikap tidak peri kemanusiaan pihak atasan atau sikap tidak mengendahkan kebajikan orang bawahan oleh orang atasan dan sebagainya ia adalah datang daripada Allah Taala.


Walau pun tidak mendapat perjawatan kanan dan tidak dihargai khidmat yang diberikan. Allah Taala maha adil, kerja yang kita buat dengan ikhlas akan mendapat balasan-Nya yang setimpal dan itu tidak semestinya mendapat perjawatan kanan.


Insya'allah, walaupun tidak mendapat pensyarah kanan, azam saya adalah ke arah merit 100% pensyarah kanan walau pun tidak dapat kanan.

Sekurang-kurangnya gaji yang dapat itu berkat dan diperolehi kurang daripada sepatutnya. Dengan itu, kuranglah hisab di hari kemudian nanti.

Penghargaan manusia itu bukanlah apa sangat tidak akan ke mana-mana berbanding sekiranya kita mendapat penghargaan daripada Allah Taala di atas kerja yang kita buat ikhlas kerana-Nya.

Semoga sentiasa mendapat penghargaan daripada-Nya.Barakallah.

No comments:

Post a Comment