Wednesday, November 23, 2016

Warkah buat Anakanda Al Fatih 2


Wahai anakanda Muhammad Al - Fatih bin Firkhan Ali,


Dengarkan maksud daripada firman Allah Taala daripada Al-Quran,


Ayat 7, Surah Al-Kahfi,

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya"

Ayat 2, Surah Al-Mulk,

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"

Satu keburukan bola ini bila ada sesuatu perlawanan, boleh dikatakan hampir semua orang Islam lupa untuk ingat Allah Taala dan leka dengan permainan bola ini sama ada para penonton atau pemain bola.

Situasi ini keadaan yang tidak baik. Bayangkan sekiranya Allah Taala timpakan musibah seperti gempa bumi, taufan, kebakaran dan sebagainya. Bagaimana kita ketika itu dalam situasi itu? Situasi di mana bersama-sama dengan orang-orang yang lupa dan leka daripada ingat Allah Taala.

Sebab itu Nabi kita selalu berpesan kepada umatnya agar sentiasa berdoa meminta kepada Allah Taala untuk mati dalam keadaan baik atau  Husnul Khotimah.

Bukan memaksa dan berpandangan negatif tetapi fikirlah baik buruknya. Hidup untuk dunia ini biar berpada-pada.


Sunday, November 20, 2016

Warkah buat Anakanda Al Fatih


Wahai anakanda Al Fatih,

Tahniah dan syabas atas kejayaan yang dikecapi ...

Apakmu ini sentiasa mendoakan kebaikan anakanda di dunia dan di akhirat ....

Cemerlang di dunia dan di akhirat ....

Ingatlah dunia ini hanya tempat ujian kita untuk ke alam akhirat ....

Alam akhiratlah, alam sebenar bagi kita .....

Ini bukan kata apakmu dan bukan kata Nabimu ....

Tetapi ini adalah firman Allah Taala dalam Al Quran yang suci .....

yang boleh dikatakan setiap hari anakanda baca di dalam Al Quran......

Tidak kira apa cita-cita dan impian anakanda, perkara ini jangan dilupakan sampai bila-bila ......

Apakmu ini memang suka melihat perlawanan bola ....

Asyik dengan aksi dan gaya dalam menyumbat gol .....

Tetapi ingat anakandaku,

Walau pun kita boleh menjaga solat dan aurat ....

Tetapi berapa ramai yang tidak solat dan menutup aurat kerana bola....

Ini semua mengundang kemurkaan Allah Taala .....

Adakah kita ingin sertai dengan sekelompok yang ingkar perintah Allah Taala ....

Adakah kita mahu sertai sekumpulan yang Allah Taala murka kerana tidak mentaatinya ....

Hidup ini, biarlah berpada wahai anankandaku .....

Patuh dan ingat sentiasa akan Allah Taala....

Rasululllah menjadi pedoman dan ikutan kita .....

Ini ingatan bukan sahaja untuk anakanda tetapi juga untuk apakmu ini ...

Kerana manusia sering leka dan lalai ....

Sebab itu ampunan Allah Taala terbuka luas pada bila masa sahaja ...

Carilah rakan dan taulan yang boleh mengingati kita kepada Allah Taala .....

Jauhi daripada rakan, taulan dan apa sahaja yang melalaikan kita untuk ingat Allah Taala ...

Apakmu doakan agar anakanda sentiasa terbilang di dunia dan lebih di akhirat ....

Agar apakmu ini dapat memaut pada anakanda di akhirat kelak ....

Ketika apakmu ini hanyut dan tenggelam di lautan akhirat ......

Ya Allah rahmatilah dan redhailah anakandaku ini Muhammad Al-Fatih dan anakanda-anakandaku yang lain ....

Agar sentiasa meningati-Mu dan mendapat kebaikan-Mu di dunia dan di akhirat