Sunday, December 18, 2016

Duhai Anakku Sayang


Duhai Anak-Anakku sayang,

Apakmu mahu berkongsi dengan anak-anak apak yang disayangi dalam kaedah beramal kepada Allah Taala ........

Ketika satu dahulu, semenjak apakmu di zaman budak-budak .......

Apakmu beramal seperti solat dan sebagainya kerana takut dengan azab Allah Taala dengan api neraka-Nya .......

Kebanyakkan masa ketika itu, amalan yang wajib takut ditinggalkan oleh apakmu kerana takut kepada Allah Taala ......

Apabila perkara ini dikekalkan, timbul pula niat dan kehendak untuk beramal untuk dapatkan pahala dan syurga seperti mana janji Allah Taala menerusi Nabi Muhammad dan Al-Quran ....

Banyaklah kebaikkan dan amalan sunat dibuat untuk mendapatkan pahala dan syurga Allah Taala ... Ini tidak salah wahai anak-anakku sayang ......

Tetapi setakat  banyak mana pahala yang boleh kita kumpul atau setakat banyak mana kebaikkan  yang boleh dibuat untuk mendapatkan balasan baik atau syurga milik Allah Taala?

Begitu juga amalan yang kita buat untuk mendapat balasan baik daripada Allah Taala dan menghindari daripada kemurkaan Allah Taala belum tentu diterima Allah Taala.

Ada dua syarat utama untuk anak-anakku sayang diterima amalan oleh Allah Taala iaitu ikhlas dan sempurna.

Ikhlas dan sempurna bukan sesuatu yang mudah. Bahkan Allah menyatakan ikhlas itu adalah rahsia-Nya sehinggakan malaikat sendiri pun tidak tahu.

Sempurna pula memerlukan kita cukup dengan segala ilmu pengetahuan yang benar dan mencontohi Nabi Muhammad S.A.W dan yang mengikuti baginda menuruti Al Quran.

Banyak para ilmuan agama Islam menyarankan kita semua agar beribadat dan beramal untuk mendapat keredhaan Allah Taala semata-mata ... Inilah yang sebenar-benarnya wahai anak-anakku ...

Namun begitu wahai anak-anakku, untuk timbulkan rasa untuk mendapatkan ibadat semata-mata redha kepada Allah Taala, ikhlas dan sempurna bukan mudah wahai anak-anakku sayang.

Bagi mendatangkan manisnya untuk beribadat dan beramal kerana Allah Taala, apakmu mendapat petunjuk daripada Allah Taala dan ini tidak lari daripada ajaran Islam iaitu apa sahaja yang anak-anakku sayang buat, buatlah kerana Allah Taala suka perbuatan itu, buat kerana kita ini hamba-Nya dan buat kerana untuk mengingati-Nya semata-mata.

Sebagai contoh, bila kita berdoa, bukan semata-mata berdoa untuk mendapatkan hajat tertentu tetapi berdoa untuk ingat kepada Allah Taala dan berdoa sebagai hamba Allah Taala.

Begitu juga dalam amalan-amalan tertentu yang Allah Taala beri ganjaran dan  pahala yang banyak, bukan semata-mata untuk mendapatkan pahala tersebut wahai anak-anakku sayang tetapi fikirlah semakin tinggi ganjaran atau pahala yang Allah berikan, sudah tentu Allah Taala suka hambanya melakukan amalan tersebut.

Namun begitu, aqidah kita perlu kuat kerana amalan kita itu wahai anak-anakku tidak sedikit pun memberi kesan kepada kekuasaan Allah Taala. Kitalah juga yang mendapat manfaatnya.

Jadi wahai anak-anakku sayang, apabila kita berfikir sama ada doa/amalan kita diterima Allah Taala atau pun tidak atau kita mendapat pahala/kebaikkan atau pun tidak, ingatlah dua perkara yang telah kita buat dan dapat iaitu kita dapat ingat kepada Allah Taala wahai anak-anakku dan buat sesuatu yang Allah Taala suka.

Ingatlah wahai anak-anakku sayang, apa sahaja yang kita buat didunia ini niatlah untuk ingat kepada Allah Taala semata-mata.

Ingatlah wahai anak-anakku sayang, apa sahaja yang kita buat didunia ini niatlah untuk buat apa yang Allah Taala suka semata-mata.

Dua perkara ini bukan apakmu dapat daripada mana-mana ustaz atau kitab atau mana-mana tetapi semata-mata ilham daripada Allah Taala.

In sya Allah, apa sahaja amalan akan Allah mudahkan untuk kita capai ikhlas dan sempurna.

Seterusnya, mudahlah untuk amalan itu diterima dan diredhai Allah Taala.

Perkara ini apakmu mahu kongsikan kepada anak-anak tersayang sekalian. Simpanlah ia sebagai azimat cuma jangan dikhabarkan daripada apakmu melainkan kepada anak-anak dan cucumu di kemudian hari.