Thursday, February 2, 2012

Bila Bos Anda Katakan Anda Tiada Sumbangan pada Fakulti ???

Terasa sangat sedih dan hiba apabila kita dah berkhidmat bertahun-tahun di fakulti, alih-alih bos kata anda tiada sumbangan pada organisasi.

Namun begitu, teramat lagi sedih dan lagi hancur hati ini sekiranya Allah Taala mengatakan begitu kepada kita kerana Allah Taala Maha sempurna berbanding bos kita dan itu adalah satu kenyataan yang tepat. Ini barulah betul kita yang silap dan tidak ikhlas dalam melaksanakan sesuatu.

Sekiranya bos kita, dia manusia dan mungkin dia tersilap kerana tidak pandai mengesani atau menghargai sumbangan orang bawahannya. Jika telahannya betul, sepatutnya ia menuding pada dirinya sendiri kerana sebagai ketua tetapi tidak pandai mengcungkil bakat dan kelebihan-kelebihan orang bawahannya untuk dimanipulasi demi kebaikan dan kesejahteraan fakulti atau organisasi.


Dengan itu, terus cepat-cepat mengemaskini CV yang tidak seberapa dalam sistem kerana mungkin bos tidak nampak sumbangan tersebut. Seperti riak tetapi terpaksa agar tidak dikatakan makan gaji buta. Sumbanganku yang tak sebarapa ini. Agar masih ada keikhlasan dalam hati ini.

Terasa diri seumpama garam di lautan tetapi ingat Allah Taala yang menjadikan garam itu akan menghargai diri kita seandainya kita ikhlas pada-Nya dalam melakukan apa sahaja.

Seperti contoh yang ditunjukan oleh kekasih kita semua Nabi Muhammad S.A.W. Salam Maulidur rasul.

Walau pun kita seumpama garam di lautan tetapi kita adalah sebahagian rasa masin pada air laut tersebut. Hanya yang bersyukur pada Allah Taala menyedari akan nikmat itu.

Moga Allah menjadikan kita semua hambanya yang bersyukur. Amin.

Wednesday, February 1, 2012

Penanngan Awan Nano

Ketika membaca sirah Rasulullah S.A.W, terbaca kisah baginda yang menyukai memberi nama kepada barang-barangnya sama ada kuda, mangkuk, cawan dan sebagainya.

Maha suci Allah, benarlah baginda sebaik-baik manusia. Inilah petanda begitu menghargai dan mensyukuri nikmat Allah Taala kepadanya walaupun barang itu tidak bernyawa. Maha suci Allah.

Jadi, semalam pun terfikir nak bagi nama kat kereta yang banyak berjasa kepada keluarga. Melindungi dan membawa kami setia di sepanjang jalan.

Terfikir untuk memberi nama awan yang bergerak dalam bahasa arab sesuai dengan peranannya.Namun begitu, kini heboh di media-media berkenaan dengan Awan Nano. Jadi, kami sekeluarga memberi namanya sebagai AWAN NANO. Semoga AWAN NANO diberkati Allah dalam membantu perjalanan kami sekeluarga. Amin. Barakallah.

Inilah kisahku di ambang sambutan Maulidur rasul. Semoga diizinkan Allah bertemu dengannya dan sebaik akhlaknya.