Sunday, March 4, 2012

Lu Satelit Puaka: Antara kebajikan dengan Keuntungan

Semasa sedang menunggu giliran di bank untuk satu urusan. Penantian selama 2 setengah jam membuatkan berhantar mesej pesanan ringkas kepada sahabat-sahabat, bertanya khabar.

Antara balasan mesej yang diperolehi daripada seorang sahabat, "lost 2.1 billion, hang ada kerja kosong". Apa lagi terkejut juga. Alamak, apa pulak musibah yang menimpa sahabat baik aku ini yang dikenali sejak belajar di UPM. Dalam hati terdetik memohon pertolongan Allah Taala untuknya dan rasa gelisah.

Apa lagi, terus membalas mesejnya kembali untuk mengetahui apa yang terjadi sebenarnya. Dalam hati, dia ditipu ker, rugi buat bisnes ker? Rupa-rupanya, dia balas mesej kembali dengan mengatakan, MASS KARGOO rugi 2.1 Billion. Beliau merupakan salah seorang pengurus di situ.

Walau pun diri ini tiada pengalaman dan pengetahuan yang hebat dalam dunia perniagaan, perkara ini aku sudah jangkakan. Ini apabila, beberapa bulan yang lalu, Tonyy Fernandos yang mendapat saham MASS, mengatakan bahawa kelab bola sepak QPRR akan memakai jersi tertulis AIRASIAA di tempat lawan dan akan memakan jersi tertulis MASS di tempat sendiri.

Nampak sangat busuk hati dan putar belit golongan yang rakus kepada kemewahan. Sanggup mereka menggadaikan hak rakyat untuk kepentingan mereka. Dalam hati aku dah terdetik, habis MASS kali ini.

Hasilnya hak rakyat rugi dan golongan berkepentingan untung besar. Adakah ini silap percaturan oleh cerdik pandai atau satu aturan untuk kepentingan peribadi.

Fikir-fikirkan. Semoga kita tidak menjadi satelit puaka dan mendokong satelit puaka kerana Allah Taala tidak suka orang yang menzalimi orang lain dan orang yang membantu orang lain membuat kezaliman. Hanya Allah Yang Maha Kuasa.

2 comments:

  1. Setuju dengan pendapat tuan itu. Berhati-hati dalam dunia perniagaan. Ramai yang mengambil hadith Rasulullah SAW bahawa 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Tetapi ramai yang lupa bahawa banyak juga hadith Nabi yang mencela perniagaan yang mengamalkan riba', kezaliman dan sebagainya. :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sahabat ....bila nak jumpa sahabat ni. Tahniah atas pernigaaan yang dibuat....

    ReplyDelete