Friday, March 16, 2012

Kenapa Kelas Saya Dimulakan Dengan Al-Fatihah

Mudah sahaja jawapanya kerana untuk mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Semoga ilmu yang dibincangkan dalam kelas bercambah-cambah jadinya dikalangan saya dan para pelajar.


Dalam Surah Al-Fatihah yang juga merupakan satu doa, ada diminta supaya Allah Taala menunjukan kita jalan yang lurus dan dijauhi daripada perkara- perkara yang sesat dan perkara-perkara yang dimurkai-Nya.

Meminta jalan yang lurus mendambakan saya kepada Allah Taala agar ilmu yang dibincangkan dalam kelas difahami oleh saya dan para pelajar. Malah, semoga ia dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih baik lagi.

Menjauhi perkara-perkara yang dimurkai-Nya mengharapkan saya agar saya dan para pelajar dengan ilmu yang didapati dalam perbincangan di kelas tidak digunakan pada jalan-jalan yang tidak baik dan membinasakan seperti pencemaran alam, penipuan, meniru dan sebagainya.

Menjauhi perkara-perkara yang sesat juga mengharapkan saya agar saya dan para pelajar memahami ilmu yang dibincangkan dalam kelas dengan betul, fakta yang betul, penggunaan yang betul dan sebagainya.

Kepada para pelajar bukan Islam boleh berdoa dengan cara agama atau kepercayaan masing-masing. Tiada Masalah.

Barakallah. Semoga apa sahaja yang bermanfaat mendapat keredhaan Allah Taala hendaknya.

Semoga dengan usaha mencari ilmu oleh kita semua membuahkan kebenaran daripada Allah Taala.

No comments:

Post a Comment