Wednesday, October 29, 2025

[14/01/2024, 4:56 pm] rufayda: Menangis kerana disebabkan ibubapa merupakan penawar kehidupan masa akan datang dan akan kita sedar pada masa itu. Membuatkan ibubapa kita menangis, itulah racun kehidupan untuk kita, hidup takkan berkat didunia sehingga akhirat.

[14/01/2024, 4:56 pm] rufayda: Menangis kerana disebabkan ibubapa merupakan penawar kehidupan masa akan datang dan akan kita sedar pada masa itu. Membuatkan ibubapa kita menangis, itulah racun kehidupan untuk kita, hidup takkan berkat didunia sehingga akhirat. [20/01/2024, 7:26 pm] rufayda: Anakku sekalian. Kalian nak kat apapun, tak berakhlak dan sebagainya kat apak, tak kisah. Namun jgn sesekali lupa pada Allah yang memberi nafas dan kehidupan kepada kita malah rezeki yang kita dapat. Nafas yang kita sedut dan hembus diizin oleh Allah seumpama bayi sedang menyusui ibunya. [20/01/2024, 7:26 pm] rufayda: Dalam quran, banyak kisah orang2 zalim seperti firaun, namrod dll. Malah kita benci israel yang menzalimi palestin. Jadi janganlah kita menjadi seperti firaun dan mereka dengan menzalimi diri sendiri dengan meninggalkan apa yang Allah suruh dan buat apa yang Allah larang. [21/01/2024, 12:56 pm] rufayda: Jadi tauladan dan sempadan, jgn suka crash sana, crush sini, crosh sinun, dah jadi rangka, menyusahkan keluarga. Buat sesuatu tu biarlah berpada dan akal yg waras mengikut kehendak Allah taala. [22/01/2024, 4:41 pm] rufayda: Anakku, walaupun dengan telefon pintar dan media sosial boleh sorok segalanya daripada apak dan umi tetapi lebih kecil daripada habuk pun kita tak boleh sorok daripada Allah. Allahu ma'i, Allah bersama kita. Allah lindung aib kita tetapi tak insaf juga, sikit-sikit Allah akan buka dengan apak dan umi. Jangan ingat apak dan umi tak tahu ya. [23/01/2024, 12:11 pm] rufayda: Anakku, Allahu ma'i tu lah ehsan yang Nabi Muhammad beritahu dalam hadis, agama itu ada tiga iaitu islam, iman dan ehsan. [23/01/2024, 12:13 pm] rufayda: Ehsan adalah mata hati kita sentiasa nampak keberadaan, keagungan dan keesaan Allah taala dalam setiap gerak dan diam kita. Itu dinamakan musyahadah. [23/01/2024, 12:14 pm] rufayda: atau ehsan itu adalah kita sentiasa sedar Allah Taala sentiasa mengawasi dan beri perhatian kepada dalam setiap gerak dan diam kita. Itulah muqorobah. [23/01/2024, 12:16 pm] rufayda: Kedua-dua jenia ehsan ini boleh terjadi bila kita sedar Allah sentiasa bersama kita, Allahu ma'i. Jadi berpada-pada lah dalam hidup ini. [23/01/2024, 12:18 pm] rufayda: Tidak timbul soal apak, umi, cikgu, pensyarah, cikgi, crush, crash, crush atau apa sahaja melainkan yang timbul hanya Allah semata-mata. [23/01/2024, 12:18 pm] rufayda: Allahu ma'i. Allah bersama kita. [24/01/2024, 12:27 pm] rufayda: Anakku, dalam ceramah tn guru salleh pagi tadi pasal hadis ini, bila Rasulullah jelaskan pasal Islam dan iman, malaikat Jibrail jawab soddaqun, benar tetapi bila Rasulullah cerita pasal ehsan, Jibrail tak kata apa. [24/01/2024, 12:29 pm] rufayda: Iman dan Islam, Jibrail tahu tetapi tidak ehsan. Ini apak tambah, hanya yang merasai sahaja tahu iaitu Allahu ma'i. Tengok balik mesej sebelum ini. [26/01/2024, 9:54 am] rufayda: Anakku, pada hari ramai muda-muda dah kena penyakit mental. [26/01/2024, 9:55 am] rufayda: Dulu bila sebut penyakit mental, gila tetapi ia adalah kekusutan dan kecelaruan pada fikiran yang waras. [26/01/2024, 9:57 am] rufayda: Punca utama penyakit mental adalah terlalu mengikut hawa nafsu amarah yang jahat. Dengan itu mudahlah syaitan menghasut dengan kejahatan dan kelalaian. [26/01/2024, 10:00 am] rufayda: Ubat utama penyakit mental ini adalah Allahu ma'i. sentiasa ingàt kepada-Nya sentiasa dalam setiap gerak dan diam. Nak buat kena banyak mujahadah dan latihan kerana musuh kita ada 3 iaitu hawa, nafsu dan syaitan. [26/01/2024, 10:01 am] rufayda: Bak kata wak kandar, nabi beritahu ada perang yang lebih besar daripada perang biasa iaitu perang hawa nafsu. [26/01/2024, 10:01 am] rufayda: Wak kandar bagi ayat ini yang boleh diamalkan bila-bila masa. [26/01/2024, 10:02 am] rufayda: Kashdus said mukhtarinam bifirghlih [26/01/2024, 10:03 am] rufayda: Ayat ini untuk elak kita terpengaruh dengan hawa nafsu amarah yang jahat. Insya Allah. Bi iznillah. [26/01/2024, 10:04 am] rufayda: siapa wak kandar, boleh tanya anakanda Ameen, pernah jumpa. [27/01/2024, 3:10 pm] rufayda: Anakku, satu ayat untuk amalan hilangkan lupa daripada tuan guru soleh, ayat al a'la, ayat 6. baca 7 kali, setiap kali tu sapu keliling kepala cara tawaf. kemudian tekan atas kepala, baca sekali lagi dalam hati. [19/02/2024, 1:07 pm] rufayda: Assalamualaikum wbt, anak2 sekalian. Dalam kuliah tuan guru soleh, manusia ada 3 jenis tetapi yang banyaknya adalah mabuk iaitu tidak berupaya mengurus diri sendiri dan siuman iaitu berupaya mengurus diri sendiri. [19/02/2024, 1:08 pm] rufayda: Manusia mabuk, tak sedari diri sendiri tapi manusia siuman sedar diri dan boleh urus diri. Manusia mabuk atau siuman ni boleh bersama Allah atau bersama dunia, manusia, nafsu, syahwat, syaitan atau crash crush crosh. [19/02/2024, 1:08 pm] rufayda: Manusia mabuk atau siuman yg bersama Allah, selamatlah kerana akhirat lah, matlamat kita orang islam. [19/02/2024, 1:09 pm] rufayda: Jadi anakku, hari ini ramai anak muda kena sakit mental yang lebih bahaya daripada orang gila. Jarang sangat dengar orang gila bunuh orang atau bunuh diri melainkan orang sakit mental. Sebab utama dengan izin Allah, adalah internet dan telefon pintar. [19/02/2024, 1:09 pm] rufayda: Allah taala, bagi ilham, orang sakit mental ini adalah orang yang mabuk dgn dunia, syahwat, nafsu dan syaitan. Tanda2 dan jenis terlalu banyak antaranya adalah split persönality atau bermuka2, didepan lain, di belakang lain. Ini kena pergi klinik buat pemeriksaan pakar. Kalau lama kelamaan akan menjadi teruk sehingga boleh membunuh dan sebagainya. Mabuk dunia, jadilah tahi dunia dll. Dunia ini, kalau bernilai, Allah takkan bagi setitik air kepada orang kafir. [19/02/2024, 1:10 pm] rufayda: Jadi anakku, berpadalah dengan dunia terutama internet dan telefon. Amalkan sentiasa, Allahu ma'i. [13/03/2024, 1:02 pm] rufayda: As salam anakku sekalia. Solat merupàkan penyejuk mata hati dan kesukaan Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W akan solat suka hati bersama Aĺlah Taala. Itulah sunnah batin Rasulullah S.A.W yang kita wajib ikut. Lakukan solat dengan rasa gembira dan suka cita bersama Allah. Allahu ma'i. [15/03/2024, 10:25 am] kaki report: Anakku, rahsia ketuhanan dalam solat yg pertama berdiri, iktidal. Apabila berdiri sebelum solat, timbulkan rasa rendah diri dihadapan-Nya. Kita hamba yg berasal dari tempat tiada di hadapan Allah Yang Maha Ada. [22/03/2024, 6:53 pm] rufayda: Anakku, khutbah jumaat hari ni, ibadah yang kita buat baik seumpama buah yang harum baunya, manis dan sedap dimakan. Jadi buatlah apa-apa ibadah dengan suka cita dan gembira bersama Allah. Dalam khutbah tadi kata ibadat orang munafik ibarat buah yang rasa pahit dan tak sedap, maksudnya tak diterima dan tak diredhai Allah. Allahu ma'i. [05/04/2024, 3:08 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku, antara alat untuk kita berbuat ibadah dengan sukacita dan gembira bersama Allah ialah zuhud dunia. zuhud dunia bukan tinggalkan semua perkara dunia tetapi jangan bagi apa apa perkara duniawi di hati. Dihati hanya Allah sahaja. Dunia adalah anak dara iblis. Jadi, iblis akan sentiasa menziarahinya. Nak kaya, rumah besar, gatal nak bernikah, duit banyak, boleh , tapi jangan ada di hati. Allahu ma'i. [22/05/2024, 12:35 pm] rufayda: Assalamualaikum anak2. Satu kisah benar ketika tuan guru soleh membawa orang buat umrah. Satu orang kaya telah beberapa kali dibawa ke masjidil haram, tetap tak nampak kaabah. Apa amalannya? setiap kali makan, dia hanya makan separuh, separuh lagi ditinggalkan hingga jadi tabiat. Dia mati pun dalam keadaan mengerikan kerana menghina Allah sebagai Ar Razzaq yang memberi rezeki. Sebab itu perbuatan membaźir itu, bersaudara dengan syaitan. [17/07/2024, 9:36 pm] rufayda: Jadi pengajaran, jangan mudah terpedaya dengan kata cinta. Kasih sayang ibu bapa tiada tandingannya. Bukan dengan kata2 tetapi sejak kita sebesar tapak tangan sehingga dewasa, sudah terbukti nyata. [17/07/2024, 9:37 pm] rufayda: Apa lagi kasih sayang Allah yang tiada batas yang beri nyawa dan nafas ini. Allahu ma'i. [26/07/2024, 3:39 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Dalam al quran, Allah Tàala menceritakan ketika bala diturunkan kepada umat nabi nuh kerana ingkar perintah tuhan termasuk anaknya, nabi nuh berkata, ya Allah itu anakku ya Allah. Allah taala berfirman itu bukan anakmu kerana dia tidak mendengar kata katamu dan menderhakan kepadamu. [26/07/2024, 3:41 pm] rufayda: Jadi, sejuta gunung emas pun pemberian kepada ibu bapa tidak sama malah tak berguna langsung berbanding mendengar kata ibu bapa. [26/07/2024, 3:43 pm] rufayda: Allah mengatakan itu bukan anaknya kepada nabi nuh kerana ibu bapa yang melahirkan kita secara fizikal dengan izinNya tetapi roh yang berada dalam badan kita adalah daripadaNya secara langsung. Allahu ma'i. [03/08/2024, 4:02 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku, tak dengar kata, Allah kata bukan anak. Apa lagi menipu ibu bapa, tak selamat dunia akhirat. [03/08/2024, 4:02 pm] rufayda: Ini satu warisan apa nak bagi, bila zikir subhanallah, timbulkan sifat 20 yang dipelajari iaitu sifat nafsiyyah iaitu satu saja, sifat wujud Allah. [03/08/2024, 4:02 pm] rufayda: Bila zikir alhamdulillah, timbulkan Sifat2 salbiyyah Allah Taala. Ulang kaji balik apa sifat salbiyyah Allah Taala. [03/08/2024, 4:02 pm] rufayda: Ini apak dapat bukan daripada ustaz atau buku tetapi Allah ilhamkan dan timbulkan ketika berzikir. [03/08/2024, 4:02 pm] rufayda: Jadi, bak kata tuan guru Sallee, kita perlukan gula bukan sebab gula tetapi nak rasa manis. Begitulah dalam berzikir. Aplikasikan sifat 20 yang dipelajari. Allahu ma'i. [03/08/2024, 4:02 pm] rufayda: Bila zikir Allahu akhbar , timbulkan di hati, sifat ma'ni Allah taala. [09/08/2024, 7:56 pm] kaki report: As salam anakku. Pesan moyang cikgu han. Allah lantik kita sebagai khalifah. Kata ulama, sebagai khalifah ada 4. Pertama iktikod mesti ALSUNNAH WAL JAMAAH, ini hal sah@ batal. Kedua,kena beribadat dengan ikhlas bukan syirik. Ketiga, bermuamalat dengan yang halal, bukan haram. Akhir, bermasyarakat dengan adil, bukan zalim. [10/08/2024, 5:56 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Pesan tuan guru salleh, jangan sukacita dan gembira dengan nafsu dan jangan dukacita dan sedih dengan hawa tetapi sukacita dan dukacita lah bersama Allah. Allahu ma'i. [10/08/2024, 5:56 pm] rufayda: Pesan moyang cikgu Han. Petua mengembara orang Melayu. Pertama senjata jangan tinggal yang mana senjata benda yang diperlukan termasuk ilmu pengetahuan. Kedua, orang minta bantu, dibantu. Ketiga, pantang maut sebelum ajal. Keempat, sabar. [06/09/2024, 6:29 pm] rufayda: Assalamualaikum Anakku, kadang kala, kita mudah dapat nikmat atau dapat banyak nikmat. orang Kata berkat tapi nanti dulu, takut kita dapat istidraj. [06/09/2024, 6:29 pm] rufayda: Istidraj tu Allah bagi nikmat yang banyak dalam keadaan Allah marah dan murka kepada kita. Apa guna dapat nikmat tetapi yang bagi Nikmat murka kepada kita. [06/09/2024, 6:29 pm] rufayda: Antara tanda istidraj adala makin dapat nikmat makin lupa dan lalai pada Allah, makin malas dan tak solat, tak bersyukur dengan nikmat yang diberi seperti tak hargai keluarga sendiri, tak rasa diri bersalah bila buat salah. Buat salah tapi tak sedar buat salah ni lagi bahaya macam firaun . [06/09/2024, 6:29 pm] rufayda: Jadi dapat nikmat bersyukur bersama Allah. Bila dapat musibah, sabar bersama Allah. Allahu ma'i. [07/09/2024, 12:12 pm] rufayda: Assalamualaikum Anakku. Istidraj atau murka Allah bukan terjadi dalam nikmat tetapi dalam amal baik bila kita nampak hanya diri kita buat baik sahaja dan tak nampak itu kurniaan Allah Taala. [07/09/2024, 12:12 pm] rufayda: Ini dinamakan dakwa atau keakuan diri. Bila ada ini timbul penyakit hati yang sangat berbahaya kerana boleh membawa kepada syirik seperti ujub, sum'ah, riya,', takabur, sombong dll. Jadi, Apa sahaja dibuat pastikan berada dalam berkat, rahmat dan karomah Allah Taala. Allahu ma'i. [27/09/2024, 6:05 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Pesan tuan guru soleh, untuk dapatkan doa diterima Allah, ada 3 perkara perlu dilihat iaitu syarat2 doa, rukun2 doa dan adab berdoa. [27/09/2024, 6:07 pm] rufayda: syarat2 berdoa, yakin, tiada gesaan untuk cepat perkenan doa dan hati bergantung kepada tuhan, bukannya bergantung kepada apa yang diminta. [27/09/2024, 6:10 pm] rufayda: rukun2 berdoa, minta kepada Allah itu sendiri, tidak kepada yang lain, minta dalam keadaan ikhlas, tidak syirik kepada Nya, pujian hanya untuk Nya dan mengesakanNya. [27/09/2024, 6:16 pm] rufayda: Adab berdoa, ikut kehendak Allah dan tidak kepada selain daripadaNya. Doa nabi Musa diperkenankan Allah setelah 40 tahun. Semoga mendapat berkat, rahmat dan karomah daripada Allah. [27/09/2024, 6:18 pm] rufayda: Adab berdoa ini termasuk dalam hanifa muslima yang dibaca dalam doa iftitah. Cenderung hati hanya kepada Allah. Allahu ma'i. [04/10/2024, 11:06 am] kaki report: Assalamualaikum. Baca kitab daripada tuan guru soleh, sebaik2 sahabat kita adalah tuhan. Hatta ahli keluarga sendiri belum tentu bersama kita. Contoh anak kecil, sangat bersama ibu bapa dalam segala hal. Bila dah besar, semuanya dipersalahkan ibu bapa, tinggal ibu bapa.Ingatlah, selain daripada Allah akan mati. Allah tidak minta apa2 manfaat daripada kita. Kita mesra dengan manusia tetapi tidak kepada Allah. Wal hal, kemudaratan manusia lebih dekat berbanding manfaat. Manusia bersifat kala jengking.Doa daripada tuan guru, boleh diamal setiap masa. Ya Allah, jangan tinggal daku. Allahu ma'i. [05/10/2024, 1:37 pm] kaki report: Assalamualaikum anakku. Bila dapat terhindar daripada bala itu pemberian Allah jenis karomah, wajib banyakkan selawat. Setelah itu, dapat nikmat, wajib banyakkan istighfar kerana iblis pernak kata nabi akan lalaikan umatnya yang dapat nikmat dengan ujub, riyak dll. Tanda nikmat tersebut diberkati, nikmat itu dikongsi dengan makhluk Allah yang lain. Jika permintaan kita ditangguh ke akhirat, banyakkan baca subhanallah walhamdulillah wala ila ha illah wallahu akhbar. Jangan sesekali dapat pemberian dalam bentuk istidraj dan ihanah yg dapat kehinaan Allah taala. Pemberian yg berkat akan dapat ri ayah atau perhatian Allah di akhirat. [15/11/2024, 2:29 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Hari ini hari jumaat, banyakkan selawat ke atas nabi. Ada yang berkata, tanpa syafaat baginda Rasulullah, ke mana kita hendak pergi di akhirat kelak. [15/11/2024, 2:32 pm] rufayda: Sebenarnya, syukur kepada Allah dengan izin-Nya, kita dapat syafàat nabi di dunia ini dengan jalan yang lurus. Siapa kita atas dunia ini tanpa syafaat Nabi. j Jadi, banyakkan selawat kepada Rasulullah S.A.W, semoga kita mendapat syafaat baginda bukan sahaja di dunia tetapi di alam barzakh dan di hari akhirat. Aameen. [30/11/2024, 3:25 pm] kaki report: Assalamualaikum anakku. Jangan mencintai dunia dan seseorang melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasul. Katalah seseorang tu benar cinta kita, tengok bila kita mati, kalau seseorang benar cinta kita, akan ikut kita sekali masuk kubur. Bukan masuk kubur tetapi akan mencari dunia yang lain bagi memenuhi syahwat dan nafsu yang jahat. Ingatlah, apa yang kita dapat termasuk hidup dan keluar masuk nafas adalah kurniaan Allah Taala. Jadi jangan somböng tinggalkan Dia seperti iblis. ALLAHU MA'I. [14/12/2024, 12:08 pm] kaki report: Assalamualaikum anakku. Pesan moyang cikgu han. Puncak kecerdasan akal adalah ilmu tauhid. Ini boleh rujuk hadis nabi mengenai orang yang paling cerdik. Puncak kebahagian dunia dan akhirat adalah makrifatullah iaitu mengenal sebenar benar kenal Allah menerusi sifat 20. Habuan dunia hanyalah semata mata nak gembira sahaja sebab itu ramai yang popular, kaya raya, akhirnya binasa juga dan tak bahagia. [05/01, 5:15 pm] rufayda: Assalamualaikum anak anakku. Asal keadaan kita adalah daif dan naif seperti mana nabi Adam di syurga dan bayi yang baru lahir. Inilah pemula kepada ikhlas. [05/01, 5:18 pm] rufayda: Daif kerana kita tidak mempunyai apa apa kerana semuanya kepunyaan dan diberikan oleh Allah Taala seperti bayi. Bila kita sudah mumayiz, dah pandai tidak mendengar kata ibu bapa kerana sudah ada akal fikiran yang kita lupa , Allah yang kurniakan kepada kita. [05/01, 5:21 pm] rufayda: Naif kerana kita hanya bergantung kepada Allah Taala semata di dunia ini seperti bayi. Apa yang berlaku kepada kita, kita tidak ketahui, semuanya kehendak Allah. Bila kita dah bekerja dah tak bergantung kepada ibu bapa, ibu bapa kita cerca kerana lupa apa yang kita dapat adalah kurniaan Allah Taala. [05/01, 5:24 pm] rufayda: Ingatlah keadaan asal kita adalah daif dan naif. Inilah pemula ikhlas dalam semua amalan kita. Tiada ikhlas, amalan kita tergantung. Allahu ma'i. [05/01, 8:18 pm] rufayda: Apak tersilap ya. Naif dan daif. Naif, tidak tahu apa apa dan daif tidak ada apa apa. Jadi, pastikan dalam setiap nafas, nyawa dan seluruh aktiviti kita ada naif dan daif, yang mana semunya kita serah kepada Allah Taala. Allahu ma'i. [05/01, 8:18 pm] rufayda: Ini naif. [05/01, 8:19 pm] rufayda: Ini daif. [05/01, 8:35 pm] rufayda: Alhamdulillah. Semuanya kurniaan Allah Taala. Apak tersilap pun, Dia yang tegur. Allahu ma'i. [11/01, 3:26 pm] rufayda: Assalamualaikum anak anakku, bacaan kitab tuan guru hj salleh, Allah Taala berfirman, manusia yang menangguh perbuatan amalnya adalah manusia yang bodoh. [11/01, 3:30 pm] rufayda: Kata tuan guru, ada 4 jenis bodoh iaitu bodoh akal adalah jahil. Bodoh hati adalah akhmar iaitu sibuk dengan hal dunia melebihi perkara akhirat. Ketiga adalah bodoh roh iaitu syak akan ketuhanan Allah yang menentukan segalanya kepada kita seperti rezeki, jodoh, umur dan ajal. [11/01, 3:34 pm] rufayda: Seterusnya adalah bodoh sir iaitu mendakwa selain Allah kerana semua perkara yang kita dapat sama ada nikmat atau musibah adalah kurniaan Allah Taala. Kita sebagai hamba Nya diizinkan usaha dan ikhtiar sahaja. [11/01, 3:38 pm] rufayda: Kata hukama, beribadat seolah olah mati esok hari maksudnya, beramal soleh , jangan ditangguh tangguh lagi. Bekerja seolah olah hidup seribu tahun, maknanya, pekerjaan duniawi boleh ditangguhkan sehingga seribu tahun lagi. Bila masuk alam barzakh terbukalah hijab kita akan busuknya nilai dunia ini. Seperti Allah berfirman dunia ini adalah tipu daya. [02/03, 8:00 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Menurut tuan guru salleh, rezeki yang paling rendah adalah harta. Rezeki yang paling tinggi adalah akhlak mulia di hadapan dan sesama manusia dan sihat bersama Allah taala. [02/03, 8:00 pm] rufayda: Rezeki yang paling utama adalah menjadi anak soleh dan solehah atau mempunyainya. Rezeki yang wajib disyukuri adalah mati yang baik atau husnul khotimah. [02/03, 11:25 pm] rufayda: Namun begitu, jangan pandang rezeki itu sebagai rezeki tetapi pandang yang empunya rezeki yang kurniakan rezeki kepada kita , itulah ubudiyyah kita sebagai hamba-Nya. [02/03, 11:27 pm] rufayda: Sekiranya tidak, dengan rezeki yang diterima membolehkan seseorang menjadi syirik, dosa yang tidak diampun Allah Taala. [02/03, 11:28 pm] rufayda: Jadi, hakikat rezeki yang sebenarnya dapat mengingat Allah Taala setiap masa, setiap keluar masuk nafas dan setiap denyutan nyawa kita. [02/03, 11:30 pm] rufayda: Jangan ada selain Allah di hati, selain Allah memadai hanya ada ditangan sahaja. [03/03, 1:51 pm] rufayda: Begitu juga dalam berdoa, ingat dia semata mata. Jangan lupa berdoa 10 minit sebelum berbuka puasa, mustajab doa. Mintalah apa apa cuma jangan leka dengan apa yang diminta dan jangan lalai mengingat Allah yang kabulkan doa kita. Nyatakan ubudiyyah atau kehambaan kita kepada Allah semasa berdoa. [03/03, 2:00 pm] rufayda: Doa Mustajab (Baca sebelum memulakan sesuatu doa) يَا حَيُّ يَا قيُّوْمُ يَا إِلَهِي وإِلٰهَ كُلِّ شَىْءٍ إلَهًا وَاحِدًا لاإِلَهَ إِلَّا اَنْتَ يَا ذَالْجَلاَلِ وَالاِ كْراَم [03/03, 2:01 pm] rufayda: Doa untuk ampu Allah Taala, nyatakan kehambaan kita kepada-Nya. Daripada Tuan Guru Salleh. Allahu ma'i. [03/03, 2:08 pm] rufayda: Selain nyatakan kehambaan kita, kita hendaklah memperbesarkan keagungan Allah sebagai tuhan yang Maha esa. Ini dinamakan tauhid rubbubiyyah. Allahu ma'i. [22/03, 6:13 pm] rufayda: Assalamualaikum anak anakku. Pesan tuan guru soleh. Bila bersahur, bersahur dengan cintakan Allah. Berpuasa dengan merindukan Allah. Bila berbuka, Allah bukakan cinta dan rindu-Nya kepada kita. Bila berterawih, beristirehatlah hati dengan Allah, bercakap cakap lah dihadapan-Nya. Layaklah kita kita dapat lailatul qadar. Jangan berebut untuk dapatkan lailatul qadar, berebutlah untuk dapat keagungan-Nya Allah, Yang Empunya lailatul qadar. [23/03, 9:48 am] rufayda: Anakku, tuan guru salleh ini wali Allah. Tak silap apak, dalam quran ada Allah berfirman lebih kurang maknanya, sesiapa yang tidak suka wali Aku, orang itu istihar perang kepada Aku. Wali Allah ini disembunyikan Allah dan orang itu tidak akan mengaku wali Allah tetapi boleh dilihat ada tanda tandanya. Dengan itu, kita kena sentiasa bersangka baik dengan setiap makhluk-Nya. Beruntunglah abang fatih dan abang ameen yang pernah bersalam dengan tuan guru. Semoga mendapat rahmat dan redha Allah. [24/03, 10:18 am] rufayda: Assalamualaikum anakku, bacaan kitab tuan guru salleh. Ada empat jenis doa yang cacat atau tercela dan kalau makbul pun, istidraj. [24/03, 10:22 am] rufayda: Pertama, berdoa dengan beri arahan kepada Allah agar doa sampai kepadanya. Kedua, berdoa meminta sesuatu yang dah dijamin Allah. Ketiga, berdoa mengikut nafsu dan syahwat sendiri. Keempat, berdoa dengan meminta selain Allah iaitu fokus hanya kepada permintaan semata mata. [24/03, 10:23 am] rufayda: Berdoa perlu ada ubudiyyah rasa kehambaan, hina iaitu kita tiada apa apa dan fakir, kita berharap bergantung kepada Allah semata mata. Allahu ma'i. [06/04, 9:21 am] rufayda: Assalamualaikum anakku. Apabila dapat rezeki atau sesuatu yang baik , jangan sombong dan bongkak seperti iblis. Itu adalah kurniaan Allah taala, bukannya sebab kita pandai àtau bagus. Jadi jagalah kurniaan Allah taala dengan baik. Jangan sampai kurniaan-Nya menjadi istidraj kepada kita. Ingat yang kaya raya boleh jatuh papa kedana dan iblis, daripada ketua malaikat menjadi sehina hina makhluk. [12/04, 3:30 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku, orang kata cinta itu buta. Sebenarnya cinta itu tidak buta tetapi cinta itu dibutakan oleh hawa nafsu amarah yang sangat jahat. [12/04, 3:34 pm] rufayda: Buktinya ramai pasangan muda muslim bercerai setelah kahwin kerana cinta yang dibutakan oleh hawa nafsu yang jahat. Disebabkan ini, Islam menganjurkan bila mencari pasangan mestilah sekufu bagi mengelakkan berlaku penceraian pasangan di masa depan. [12/04, 3:36 pm] rufayda: Perkahwinan yang berlandaskan agama dan kerana Allah adalah yang terbaik. Elak daripada cinta yang dibutakan oleh hawa nafsu yang sangat jahat. Allahu ma'i. [13/04, 9:20 am] rufayda: Assalamualaikum anakku, pesan tuan guru salleh hari ini, jangan cinta kerana nafsu tetapi hadirkan cinta ketuhanan dalam semua perkara. [13/04, 9:24 am] rufayda: Pesan beliau lagi, berpada dengan hal dunia hingga jangan sampai kita digelar syehul amer iaitu pencinta besar kegilaan dunia, salah satu gelaran firaun, pendusta kepada Allah Taala. Antara tanda orang ini adalah dia akan menghalang orang ramai berjumpa wali wali Allah apatah lagi berbuat kebajikan kepada mereka. [13/04, 9:31 am] rufayda: Ini panduan tuan guru dr jahid sidik sekiranya ada hajat keperluan untuk meminta daripada Allah. solat taubat dan solat hajat. Baca 9 atau 11 kali surah al insyirah. kemudian berdoa, Ya Allah permudahkan pekerjaanku di dunia dan di akhirat sebagaimana Kau permudahkan pekerjaan Rasulullah S.A.W. Kurnialah kepadaku sebaik baik kejayaan sebagaimana yang Kau beri sebaik baik kejayaan kepada Rasulullah S.A.w. [03/05, 5:23 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Syeikh Junaid Al Baghdadi, salah satu ulamak pegangan ASWJ dalam tasauf bertemu sekumpulan ustaz atau ulamak atau mufti, lalu beliau bertanya adakah anda semua sudah solat, melentinglah mereka , adakah syeikh berkata mereka tidak solat? [03/05, 5:27 pm] rufayda: Lalu syeikh berkata, dalam Surah Al Ma'arij, ayat 19-20, Allah berfirman Allah Taala jadikan manusia keluh kesah, bimbang, takut bila ditimpa musibah dan kedekut bila dapat harta atau nikmat melainkan orang orang yang benar benar mengerjakan solat. Adakah kita sudah solat seperti mana yang Allah firmankan? Boleh semak diri kita sendiri bagaiamana. [09/05, 3:13 pm] rufayda: Assalamualakum anakku. Suka dan duka ibarat malam dan siang, kedua duanya ada hikmah dan manfaat yang kita tidak ketahui. Jadi, hadapinya dengan adab bersama Allah. Jangan hadapi suka atau nikmat dengan kegembiraan dan jangan hadapi duka atau musibah dengan kedukaan semata mata. Ini tanda tiada adab kita dengan qada dan qadar Allah Taala. [09/05, 3:15 pm] rufayda: Sebaiknya hadapi kedua duanya dengan meminta bantuan Allah untuk hadapinya. Bila dapat nikmat, harungi dengan kesederhanaan seperti mana Allah nyatakan dalam quran kita sebaik baik umat kerana kesederhanaan. [09/05, 3:18 pm] rufayda: Sabar hadapi musibah, 600 ganjaran pahala, Allah berikan. Syukur hadapi nikmat, 100 pahala Allah berikan . Namun jangan ditimbulkan sabar, syukur dan pahala tetapi timbulkan Allah sebagai As syukur, As sobar dll dalam menghadapi suka dan duka. Allahu ma'i. [18/05, 4:55 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Pesan tuan guŕu Soleh. Ada 9 jenis tidur. Pertama, tidur sunnah, tidur selepas waktu źuhur. 2, tidur lalai, tidur di majlias ilmu boleh membawa kepada istidraj. Ketiga, tidur laknat, tidur sehingga melepasi habis waktu subuh, tidak dapat rahmat ALLAH taala. [18/05, 4:57 pm] rufayda: keempat, tidur celaka, tidur saat waktu masuk solat fardhu. Kelima, tidur istirehat, tidur sebelum zuhur. Keenam, tidur seksaan, tidur selepas waktu subuh, sempit rezeki, fikiran dan akhlak. [18/05, 4:59 pm] rufayda: Ketujuh, tidur rahmat, tidur s3lepas waktu isyak. Kelapan, tidur rugi, tidur malam jumaat sehingga tidak solat tahajud. keberkatan semua hari berada dalam malam jumaat. kesembilan, tidur wajib, tidur apabila penat dan sangat sangat mengantuk. [18/05, 5:01 pm] rufayda: ilmu ini bersanad daripada tn guru hj abu bakar, tuan guru omar zuhdi, syeikh abd kadir mendeley, tok sapiee kedah, guru gurunya sampai ke Rasulullah S.A.W. [02/06, 3:17 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Rukun agama ada 3 iaitu Islam, Iman dan Ehsan. Kesemua 3 perkara ini perlu ada untuk tegakkan agama dalam diri kita. Ibaratnya kita makan seketul ayam goreng. Ayam goreng itu ibarat rukun Islam yang lima yang perlu kita laksanakan dalam diri. [02/06, 3:20 pm] rufayda: Sedapnya ayam goreng itu bukan sebab ayamnya tetapi disebabkan rencah atau rempah ratus atau goreng tepungnya. Terlebih garam, ayam goreng akan jadi masin sangat dan keras, tak boleh dimakan. Jadi, rempah ratus tepung goreng itu ibarat rukun iman yang melengkapkan segala perbuatan kita dalam menunaikan kesemua rukun Islam. [02/06, 3:23 pm] rufayda: Jadi, bila makan ayam goreng tadi kita berasa sedap. Rasa sedap itulah ibaratnya Ehsan. Kita terlihat kesemuanya adalah kurniaan Allah dan keagungan-Nya, tiada yang timbul lain selain Allah semata mata. [05/06, 5:47 pm] rufayda: Assalamualaikum anakku. Satu amalan yang boleh diamalkan. Ini datang daripada Dia. Apabila membaca surah al falaq, hadirkan lintasan hati minta berlindung dengan Allah daripada kejelikan sikap batin daripada diri kita dan makhluk Allah yang lain. Sifat mazmumah batin termasuk sihir dan gangguan syaitan, syahwat dan nafsu. [05/06, 5:48 pm] rufayda: Apabila membaca surah an nas, hadirkan lintasan hati minta berlindung dengan Allah daripada kejelikan sikap zahir daripada diri kita dan makhluk Allah yang lain. Sifat mazmumah zahir termasuk malas, cinta dunia dan lain lain. [05/06, 5:49 pm] rufayda: Kata tuan guru soleh, hati bersama Allah, mudah dapatkan firasat. Akal bersama Allah , mudah dapatkan ilham daripada-Nya. [05/06, 5:51 pm] rufayda: Firasat bersama ilham, Allah kurniakan ilmu laduni. Kekal mendapat ilmu laduni, Allah kurniakan makrifat laduni, kekal mendapat makrifat laduni, Allah kurniakan kemuncak laduni. Allahu ma'i. [15/06, 12:31 pm] rufayda: Assalamualaikum anak anakku. Hari ini ramai orang yang nampak normal tetapi gila disebabkan taksub bermain telefon sehingga waktu makan pun nak main telefon. Apak ada pos perkara ini satu masa dulu. Buktinya. baru baru ini seorang budak umur 17 tahun membunuh ibu dan abangnya sendiri di Melaka. Kita kena berhati hati dengan pentaksub main telefon. Apa apa pun boleh jadi termasuk kita sendiri. [15/06, 12:34 pm] rufayda: Jadinya, Rasulullah mengajar kita agar hati kita sentiasa menghadap Allah taala 24 jam dan bukannya duniawi termasuk telefon. Duniawi sekadar di tangan sahaja. Inilah sunnah nabi yang utama berbanding serban dan jubah. Nak berserban dan berjubah tiada masalah tetapi sunnah utama jangan ditinggalkan. Buktinya adalah hayati doa iftitah dalam solat. Jangan tak baca doa iftitah dalam solat. [15/06, 12:36 pm] rufayda: Ini pesan tuan guru soleh untuk dapat solat yang khusyuk. Sebelum solat kita mesti TAHU, SEDAR, RASA & TENGGELAM. [15/06, 12:43 pm] rufayda: Pertama, kita mesti TAHU yang yang kita ini hamba Allah. Jadi perlu tahu cara solat, sah batal, rukun, solat di awal waktu dan sebagainya. Kedua, kita mesti SEDAR akan Allah yang Maha Kuasa, Maha Agung, Maha Esa dan segalanya yang menjadikan alam dan diri kita. [15/06, 12:47 pm] rufayda: Ketiga, kita mesti RASA yang Allah Taala ini tuhan kita. Sebut dalam hati, kau tuhanku Ya Allah. Kalau sebut dimulut bahasa melayu, dari segi hukum batal solat. [15/06, 12:53 pm] rufayda: Keempat, kita TENGGELAM dihadapan Allah kerana kita tiada apa apa. Sebut dalam hati. Semua perkara ini termasuk solat dapat dibuat dengan izin Allah. Bukan sebab kita baik, pandai atau berilmu. La haula wala quwata illa billah, kalimah hauqalah yang selalu kita sebut. Sekiranya ada kematian, kita juga sering sebut Innalillah wainna ilahi rojiun. Kita ini tiada apa apa. Semuanya datang dan diberi oleh Allah. Wajarkah kita sombong kepada-Nya seperti iblis? Allahu ma'i.

Wednesday, December 11, 2024

CORETAN HATI RUFAYDA 1

[14/01, 4:56 pm] rufayda: Menangis kerana disebabkan ibubapa merupakan penawar kehidupan masa akan datang dan akan kita sedar pada masa itu. Membuatkan ibubapa kita menangis, itulah racun kehidupan untuk kita, hidup takkan berkat didunia sehingga akhirat. [20/01, 7:26 pm] rufayda: Anakku sekalian. Kalian nak kat apapun, tak berakhlak dan sebagainya kat apak, tak kisah. Namun jgn sesekali lupa pada Allah yang memberi nafas dan kehidupan kepada kita malah rezeki yang kita dapat. Nafas yang kita sedut dan hembus diizin oleh Allah seumpama bayi sedang menyusui ibunya. [20/01, 7:26 pm] rufayda: Dalam quran, banyak kisah orang2 zalim seperti firaun, namrod dll. Malah kita benci israel yang menzalimi palestin. Jadi janganlah kita menjadi seperti firaun dan mereka dengan menzalimi diri sendiri dengan meninggalkan apa yang Allah suruh dan buat apa yang Allah larang. [22/01, 4:41 pm] rufayda: Anakku, walaupun dengan telefon pintar dan media sosial boleh sorok segalanya daripada apak dan umi tetapi lebih kecil daripada habuk pun kita tak boleh sorok daripada Allah. Allahu ma'i, Allah bersama kita. Allah lindung aib kita tetapi tak insaf juga, sikit-sikit Allah akan buka dengan apak dan umi. Jangan ingat apak dan umi tak tahu ya. [23/01, 12:11 pm] rufayda: Anakku, Allahu ma'i tu lah ehsan yang Nabi Muhammad beritahu dalam hadis, agama itu ada tiga iaitu islam, iman dan ehsan. [23/01, 12:13 pm] rufayda: Ehsan adalah mata hati kita sentiasa nampak keberadaan, keagungan dan keesaan Allah taala dalam setiap gerak dan diam kita. Itu dinamakan musyahadah. [23/01, 12:14 pm] rufayda: atau ehsan itu adalah kita sentiasa sedar Allah Taala sentiasa mengawasi dan beri perhatian kepada dalam setiap gerak dan diam kita. Itulah muqorobah. [23/01, 12:16 pm] rufayda: Kedua-dua jenia ehsan ini boleh terjadi bila kita sedar Allah sentiasa bersama kita, Allahu ma'i. Jadi berpada-pada lah dalam hidup ini. [23/01, 12:18 pm] rufayda: Tidak timbul soal apak, umi, cikgu, pensyarah, cikgi, crush, crash, crush atau apa sahaja melainkan yang timbul hanya Allah semata-mata. [23/01, 12:18 pm] rufayda: Allahu ma'i. Allah bersama kita. [24/01, 12:27 pm] rufayda: Anakku, dalam ceramah tn guru salleh pagi tadi pasal hadis ini, bila Rasulullah jelaskan pasal Islam dan iman, malaikat Jibrail jawab soddaqun, benar tetapi bila Rasulullah cerita pasal ehsan, Jibrail tak kata apa. [24/01, 12:29 pm] rufayda: Iman dan Islam, Jibrail tahu tetapi tidak ehsan. Ini apak tambah, hanya yang merasai sahaja tahu iaitu Allahu ma'i. Tengok balik mesej sebelum ini. [26/01, 9:54 am] rufayda: Anakku, pada hari ramai muda-muda dah kena penyakit mental. [26/01, 9:55 am] rufayda: Dulu bila sebut penyakit mental, gila tetapi ia adalah kekusutan dan kecelaruan pada fikiran yang waras. [26/01, 9:57 am] rufayda: Punca utama penyakit mental adalah terlalu mengikut hawa nafsu amarah yang jahat. Dengan itu mudahlah syaitan menghasut dengan kejahatan dan kelalaian. [26/01, 10:00 am] rufayda: Ubat utama penyakit mental ini adalah Allahu ma'i. sentiasa ingàt kepada-Nya sentiasa dalam setiap gerak dan diam. Nak buat kena banyak mujahadah dan latihan kerana musuh kita ada 3 iaitu hawa, nafsu dan syaitan. [26/01, 10:01 am] rufayda: Bak kata wak kandar, nabi beritahu ada perang yang lebih besar daripada perang biasa iaitu perang hawa nafsu. [26/01, 10:01 am] rufayda: Wak kandar bagi ayat ini yang boleh diamalkan bila-bila masa. [26/01, 10:02 am] rufayda: Kashdus said mukhtarinam bifirghlih [26/01, 10:03 am] rufayda: Ayat ini untuk elak kita terpengaruh dengan hawa nafsu amarah yang jahat. Insya Allah. Bi iznillah. [26/01, 10:04 am] rufayda: siapa wak kandar, boleh tanya anakanda Ameen, pernah jumpa. [27/01, 3:10 pm] rufayda: Anakku, satu ayat untuk amalan hilangkan lupa daripada tuan guru soleh, ayat al a'la, ayat 6. baca 7 kali, setiap kali tu sapu keliling kepala cara tawaf. kemudian tekan atas kepala, baca sekali lagi dalam hati.

Wednesday, August 9, 2023

TITIAN FANA - TITIAN ADALAH JALAN KITA MENUJU ALLAH TAALA DRP ALAM ROH IDHOFI SEHINGGA LAH KE HARI AKHIRAT NANTI. FANA - KITA TIADA APA-APA YANG PUNYA. SEMUANYA ALLAH TAALA YANG PUNYA.

Friday, January 1, 2021

 SEMBANG KELUARGA DI HUJUNG  2020

Senantiasalah kita membaca Ta'awudz iaitu:-

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ

Bacaan ini, kita meminta perlindungan daripada Allah akan gangguan syaitan dan iblis yang sudah berjanji akan menganggu keturunan anak cucu Nabi Adam a.s.

Namun begitu, si iblis telah membocorkan rahsianya iaitu dia tidak berupaya menganggu hamba Allah Taala yang IKHLAS.

Jadi, ada yang kata susah untuk  berlaku ikhlas seperti mana semuat hitam yang berjalan atas batu hitam di kegelapan malam.

Inilah jawapannya, ikhlas itu berbuat sesuatu kerana Allah Taala seperti mana semuat hitam yang berjalan atas batu hitam di kegelapan malam. Hilangkan rasa keakuan diri. Ini perlukan ilmu, praktis, dan meminta daripada-Nya.

Natijahnya atau hasil daripada ikhlas adalah menjadilah hamba yang BERSYUKUR kepada Allah Taala. Seperti mana junjungan kita Nabi Muhamammad S.A.W yang sentiasa ingat kepada Allah Taala walaupun ketika tidur dan solat sehingga bengkak- bengkak kaki.

Bila ditanya kenapa kerana baginda sudah dijamin syurga, menjadilah baginda hamba Allah yang bersyukur.

Ingatan ini untuk saya semata. Ya Allah jadikanlan hamba-Mu ini seorang yang IKHLAS dan BERSYUKUR kepada-Mu. Aamiin.




 


Wednesday, December 30, 2020

 6 HIKAM 2016

  1. Tangis mencintai dan merindui-Mu menghilangkan segala gundah gulana hati dengan dunia ini. 

Monday, June 3, 2019

Deduri Bunga





Apabila si isteri menjadi duri .....
bagi si suami yang tekun mentaati ibunya ...


Mengertilah wahai si isteri ....


Ini bukan sekadar taat perintah Allah dan Rasul ..... ya itu sudah tentu kepastiannya ....
Ini bukan soal syurga dan neraka .. ya itu sudah tentu kemahuannya ....


Tetapi jerih pengorbanan si ibu dalam membesarkan anaknya ....
Dalam suka duka lara tanpa mengenal erti jemu .....
Lautan kesusahan dan keperitan diharungi ....
Demi melihat sesosok tubuh anak hidup bernafas segar ....


Namun, tanpa pengorbanan itu pun.....
Lebih bererti lagi dengan berkorban nyawa dan tenaga .......
Dengan kasih sayang membelai 9 bulan lamanya ....
Si anak dalam kegelapan perut si ibu.....


Lebih tinggi lagi apabila ......
Nafas dan nyawa menjadi tarungan setiap detik ....
Dalam mengeluarkan si anak daripada kegelapan satu dunia  kepada satu dunia yang lebih terang ....


Inilah kasihnya Ibu ...membawa ke syurga ...menyayangi anaknya seikhlas hati ...
Kasih sayang pinjaman tuhan .....
Bersyukurlah kepada Allah Taala dengan menghormatinya ibu selebih-lebih layaknya ......
Kerana jasanya .. tak akan terbalas oleh si anak .....


Semoga Allah Taala membalas jasanya Ibu dengan syurga yang tertinggi .........


Si isteri yang menjadi duri perlu mengerti .....
Berkorban lah sedikit ego dan sombongmu ....
Walaupun benci di mata dan hati ......
Layanlah Ibu si suami mu selebih-lebih layaknya .......


Mengertilah wahai si isteri ......
Syurgamu menjadi syarat ketaatan kepada si suami ....
Derhaka kepada suamimu..... nerakalah balasan Allah Taala .....


Menyakiti  ibu si suamimu ....walaupun sebesar zarah cuma .....
Samalah derhakanya si isteri kepada si suami ......
Fikirlah sebelum bertindak ..... dunia ini memang bukan benda yang disukai ....


Ajarlah anak-anakmu juga beradab sopan kepada ibu pada si suamimu ....
Bukan melampiaskan dendam kesumat ... dengki dan cemburu buta ...
Jangan jadikan anakmu sebagai ejen menyakiti hati ibu si suamimu ...........
Dengan menggelapkan hati anak-anakmu .......Kasihanilah mereka ....
Demi masa depan mereka .... mengairi dunia ini ...... mencapai bahagia akhirat ....


Ingatlah nikmat itu mungkin boleh jadi ......
Nikmat kurniaan Allah Taala atau pun ....
Istidraj kemurkaan Allah Taala .....
Jangan sampai istidraj mengjangkaui anak-anakmu yang tidak berdosa ....
Atas kealpaan si isteri dengan sombong dan bangga kehebatan diri .....


Menjadilah firaun dan iblis ....
Binasa selamanya  di dunia dan akhirat .........
























Sunday, January 6, 2019

Seloka Senonoh



Dengarlah wahai anakku sayang,


Ingatlah lelaki yang tidak senonoh itu,
Suka hanya pada perempuan yang senonoh sebagai teman hidupnya,
Apakan lagi lelaki yang senonoh,
Sudah tentu perempuan senonoh jua diingini menjadi suri hidupnya ......


Perempuan tidak senonoh itu,
Hanya menjadi pujaan hati sang lelaki yang tidak senonoh itu,
Bukanlah kerana disukainya untuk menjadi teman,
Tetapi sekadar mainan penghibur nafsu sahaja,
Habis madu sepah dibuang begitulah diibaratkannya ....


Senonoh itu adalah berakhlak dan berpekerti mulia,
Rasulullah S.A.W menjadi teladannya .....


Senonoh itu juga adalah menjadikan segala tindakan sebagai ibadah,
Beribadah semata-mata kepada Allah Taala ....
Beribadah sebagai ehsan seorang hamba kepada Tuhannya,
Allah ya Rabbal Alamin .......


Wednesday, May 31, 2017

Rintihan Fatihah



Ya Allah .....

Hambamu ini berlindung dengan Engkau daripada segala jenis gangguan syaitan yang direjam....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ......

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah, tuhan bagi sekalian alam .......
Semua dan segalanya selain Engkau termasuk hamba-Mu ini ......
adalah hambamu yang fakir, yang tidak mempunyai apa-apa dan sesiapa .....
Hanya Engkau yang kami ada .......

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .....
Terima kasih di atas segala pemberian-Mu yang tidak terkira banyaknya......
Sekecil-kecil benda sehinggakan hembusan nafas yang tak terlihat oleh mata ini .......
Semuanya milik-Mu dan pemberian-Mu

Kaulah Ya Allah .....
Yang Maha Berkuasa dan menguasai hari pembalasan ....
Hamba-Mu ini tidak mempunyai apa-apa daya ....
Melainkan tunduk keseluruhannya kepada-Mu ya Allah ....

Hanya pada Kau, kami sembah ......
Hanya pada Kau. kami meminta pertolongan .....
Hamba-Mu ini tidak mempunyai sesiapa dan apa-apa melainkan Kau Ya Allah ....
Bantulah kami .... Ya Allah....
Terimalah segala permintaan Hambu-Mu ini yang fakir .... Ya Allah ....

Bimbinglah kami ke jalan-Mu yang lurus... Ya Allah
Bagi mendapatkan redha-Mu .. Ya Allah....
Kerana Hamba-Mu ini sering tewas pada bisikan syaitan dan hawa nafsu yang jahat...

Jalan di mana orang-orang yang telah Kau beri nikmat yang baik ....
Sebagai mana para solihin, sidikin, syuhada, nabi-nabi dan rasul-rasul....
Terutama sekali,  jalan yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.....
Kurniakanlah nikmat yang baik ini kepada hambu-Mu yang fakir ini...

Bukan jalan orang-orang yang Kau murkai ....
Sebagaimana orang-orang yahudi yang menyembunyikan kebenaran....
dan tidak mengamalkan kebenaran-Mu.....

Bukan juga jalan orang-orang yang sesat ......
Sebagaimana orang-orang nasrani yang tersesat dengan amalan mereka....
dan hanyut dalam kesesatan dalam mengenal kebenaran-Mu .. Ya Allah .....

Hindarilah hamba-Mu ini, umat ini dan kaum keluarga kami....
daripada golongan-golongan yang sesat dan dimurkai ini.....

Amin... Terimalah permintaan kami ini ya Allah .......




Sunday, December 18, 2016

Duhai Anakku Sayang


Duhai Anak-Anakku sayang,

Apakmu mahu berkongsi dengan anak-anak apak yang disayangi dalam kaedah beramal kepada Allah Taala ........

Ketika satu dahulu, semenjak apakmu di zaman budak-budak .......

Apakmu beramal seperti solat dan sebagainya kerana takut dengan azab Allah Taala dengan api neraka-Nya .......

Kebanyakkan masa ketika itu, amalan yang wajib takut ditinggalkan oleh apakmu kerana takut kepada Allah Taala ......

Apabila perkara ini dikekalkan, timbul pula niat dan kehendak untuk beramal untuk dapatkan pahala dan syurga seperti mana janji Allah Taala menerusi Nabi Muhammad dan Al-Quran ....

Banyaklah kebaikkan dan amalan sunat dibuat untuk mendapatkan pahala dan syurga Allah Taala ... Ini tidak salah wahai anak-anakku sayang ......

Tetapi setakat  banyak mana pahala yang boleh kita kumpul atau setakat banyak mana kebaikkan  yang boleh dibuat untuk mendapatkan balasan baik atau syurga milik Allah Taala?

Begitu juga amalan yang kita buat untuk mendapat balasan baik daripada Allah Taala dan menghindari daripada kemurkaan Allah Taala belum tentu diterima Allah Taala.

Ada dua syarat utama untuk anak-anakku sayang diterima amalan oleh Allah Taala iaitu ikhlas dan sempurna.

Ikhlas dan sempurna bukan sesuatu yang mudah. Bahkan Allah menyatakan ikhlas itu adalah rahsia-Nya sehinggakan malaikat sendiri pun tidak tahu.

Sempurna pula memerlukan kita cukup dengan segala ilmu pengetahuan yang benar dan mencontohi Nabi Muhammad S.A.W dan yang mengikuti baginda menuruti Al Quran.

Banyak para ilmuan agama Islam menyarankan kita semua agar beribadat dan beramal untuk mendapat keredhaan Allah Taala semata-mata ... Inilah yang sebenar-benarnya wahai anak-anakku ...

Namun begitu wahai anak-anakku, untuk timbulkan rasa untuk mendapatkan ibadat semata-mata redha kepada Allah Taala, ikhlas dan sempurna bukan mudah wahai anak-anakku sayang.

Bagi mendatangkan manisnya untuk beribadat dan beramal kerana Allah Taala, apakmu mendapat petunjuk daripada Allah Taala dan ini tidak lari daripada ajaran Islam iaitu apa sahaja yang anak-anakku sayang buat, buatlah kerana Allah Taala suka perbuatan itu, buat kerana kita ini hamba-Nya dan buat kerana untuk mengingati-Nya semata-mata.

Sebagai contoh, bila kita berdoa, bukan semata-mata berdoa untuk mendapatkan hajat tertentu tetapi berdoa untuk ingat kepada Allah Taala dan berdoa sebagai hamba Allah Taala.

Begitu juga dalam amalan-amalan tertentu yang Allah Taala beri ganjaran dan  pahala yang banyak, bukan semata-mata untuk mendapatkan pahala tersebut wahai anak-anakku sayang tetapi fikirlah semakin tinggi ganjaran atau pahala yang Allah berikan, sudah tentu Allah Taala suka hambanya melakukan amalan tersebut.

Namun begitu, aqidah kita perlu kuat kerana amalan kita itu wahai anak-anakku tidak sedikit pun memberi kesan kepada kekuasaan Allah Taala. Kitalah juga yang mendapat manfaatnya.

Jadi wahai anak-anakku sayang, apabila kita berfikir sama ada doa/amalan kita diterima Allah Taala atau pun tidak atau kita mendapat pahala/kebaikkan atau pun tidak, ingatlah dua perkara yang telah kita buat dan dapat iaitu kita dapat ingat kepada Allah Taala wahai anak-anakku dan buat sesuatu yang Allah Taala suka.

Ingatlah wahai anak-anakku sayang, apa sahaja yang kita buat didunia ini niatlah untuk ingat kepada Allah Taala semata-mata.

Ingatlah wahai anak-anakku sayang, apa sahaja yang kita buat didunia ini niatlah untuk buat apa yang Allah Taala suka semata-mata.

Dua perkara ini bukan apakmu dapat daripada mana-mana ustaz atau kitab atau mana-mana tetapi semata-mata ilham daripada Allah Taala.

In sya Allah, apa sahaja amalan akan Allah mudahkan untuk kita capai ikhlas dan sempurna.

Seterusnya, mudahlah untuk amalan itu diterima dan diredhai Allah Taala.

Perkara ini apakmu mahu kongsikan kepada anak-anak tersayang sekalian. Simpanlah ia sebagai azimat cuma jangan dikhabarkan daripada apakmu melainkan kepada anak-anak dan cucumu di kemudian hari.



Wednesday, November 23, 2016

Warkah buat Anakanda Al Fatih 2


Wahai anakanda Muhammad Al - Fatih bin Firkhan Ali,


Dengarkan maksud daripada firman Allah Taala daripada Al-Quran,


Ayat 7, Surah Al-Kahfi,

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya"

Ayat 2, Surah Al-Mulk,

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"

Satu keburukan bola ini bila ada sesuatu perlawanan, boleh dikatakan hampir semua orang Islam lupa untuk ingat Allah Taala dan leka dengan permainan bola ini sama ada para penonton atau pemain bola.

Situasi ini keadaan yang tidak baik. Bayangkan sekiranya Allah Taala timpakan musibah seperti gempa bumi, taufan, kebakaran dan sebagainya. Bagaimana kita ketika itu dalam situasi itu? Situasi di mana bersama-sama dengan orang-orang yang lupa dan leka daripada ingat Allah Taala.

Sebab itu Nabi kita selalu berpesan kepada umatnya agar sentiasa berdoa meminta kepada Allah Taala untuk mati dalam keadaan baik atau  Husnul Khotimah.

Bukan memaksa dan berpandangan negatif tetapi fikirlah baik buruknya. Hidup untuk dunia ini biar berpada-pada.


Sunday, November 20, 2016

Warkah buat Anakanda Al Fatih


Wahai anakanda Al Fatih,

Tahniah dan syabas atas kejayaan yang dikecapi ...

Apakmu ini sentiasa mendoakan kebaikan anakanda di dunia dan di akhirat ....

Cemerlang di dunia dan di akhirat ....

Ingatlah dunia ini hanya tempat ujian kita untuk ke alam akhirat ....

Alam akhiratlah, alam sebenar bagi kita .....

Ini bukan kata apakmu dan bukan kata Nabimu ....

Tetapi ini adalah firman Allah Taala dalam Al Quran yang suci .....

yang boleh dikatakan setiap hari anakanda baca di dalam Al Quran......

Tidak kira apa cita-cita dan impian anakanda, perkara ini jangan dilupakan sampai bila-bila ......

Apakmu ini memang suka melihat perlawanan bola ....

Asyik dengan aksi dan gaya dalam menyumbat gol .....

Tetapi ingat anakandaku,

Walau pun kita boleh menjaga solat dan aurat ....

Tetapi berapa ramai yang tidak solat dan menutup aurat kerana bola....

Ini semua mengundang kemurkaan Allah Taala .....

Adakah kita ingin sertai dengan sekelompok yang ingkar perintah Allah Taala ....

Adakah kita mahu sertai sekumpulan yang Allah Taala murka kerana tidak mentaatinya ....

Hidup ini, biarlah berpada wahai anankandaku .....

Patuh dan ingat sentiasa akan Allah Taala....

Rasululllah menjadi pedoman dan ikutan kita .....

Ini ingatan bukan sahaja untuk anakanda tetapi juga untuk apakmu ini ...

Kerana manusia sering leka dan lalai ....

Sebab itu ampunan Allah Taala terbuka luas pada bila masa sahaja ...

Carilah rakan dan taulan yang boleh mengingati kita kepada Allah Taala .....

Jauhi daripada rakan, taulan dan apa sahaja yang melalaikan kita untuk ingat Allah Taala ...

Apakmu doakan agar anakanda sentiasa terbilang di dunia dan lebih di akhirat ....

Agar apakmu ini dapat memaut pada anakanda di akhirat kelak ....

Ketika apakmu ini hanyut dan tenggelam di lautan akhirat ......

Ya Allah rahmatilah dan redhailah anakandaku ini Muhammad Al-Fatih dan anakanda-anakandaku yang lain ....

Agar sentiasa meningati-Mu dan mendapat kebaikan-Mu di dunia dan di akhirat

Monday, May 2, 2016

Kau Yang Maha Sempurna

Ya Allah Ya Rabb

Kau Maha Sempurna Ya Allah .....
Maha Sempurnanya Engkau ...
Engkau tidak berhajat pada yang lain....
Malah Kau tidak berhajat kepada diri-Mu sendiri ....

Maha Sempurnanya Kau Ya Allah ......

Ya Allah .... Kau tidak bertempat dan tidak bermasa .....
Kurniakanlah kepada hamba-Mu ini ....
Satu tempat  sempurna yang sentiasa ingat kepada-Mu .....
Kurniakankanlah kepada hamba-Mu ini .....
Satu masa yang sentiasa ingat kepada-Mu .. Ya Ilahi wa Maliki .....

Ya Allah .... Maha Sempurnanya Kau Ya Allah ......

Ya Allah ....Sempurnanya Kau, Kau tiada permulaaan .....
Hamba-Mu merintih kurniakan kepada hamba satu permulaan yang baik ......
Sebagaimana yang dicontohkan kekasih-Mu, Muhammad S.A.W........

Ya Rabb.... Sempurnanya Kau, Kau tiada pengakhiran .....
Hamba-Mu merintih kurniakan kepada hamba satu pengakhiran yang baik ......
Sebagaimana yang dicontohkan kekasih-Mu, Muhammad S.A.W........

Ya Allah .. terlalu cinta diri ini akan diri-Mu ya Rabbb....
Terima kasih atas kurniaan-Mu ini ...Ya Allah ......
Semoga bertambah-tambah iman,islam dan ehsan hamba-Mu ini kepada Mu.....
In sya Allah.....

Monday, June 22, 2015

Fakir dan Yatim

Itulah diri ini ya Allah ......
Fakir dan yatim .............
Seperti mana yang diucapkan kekasih-Mu....
Muhammad ya Rasulullah ..............................
Insan terpuji dan bernas akhlaknya .....................

Diri ini fakir ......
Tiada sesuatu pun hamba yang punya ......
Semuanya milik-Mu ya Rabb .....

Diri ini yatim ...
Hamba-Mu ini tiada yang lain ya Allah ......
Hanya Engkau yang diri ini ada .. ya Allah ....

Diri ini fakir ......
Bantulah hamba, Ya Allah .....
Agar terus dapat beribadat kepada-Mu sentiasa ....

Diri ini yatim ....
Bantulah hamba Ya Allah ....
Agar terus dapat memegang amanah-Mu di dunia ini dengan baik ........

Diri ini fakir dan yatim......
Ampun segala dosa hamba Ya Allah .....
Maafkan segala salah dan silap hamba Ya Allah ....

Berilah rahmat dan redha-Mu Ya Allah .....
Kepada hamba-Mu yang fakir dan yatim ini.... Ya Allah .....




Fakir dan Yatim

Itulah diri ini ya Allah ......
Fakir dan yatim .............
Seperti mana yang diucapkan kekasih-Mu....
Muhammad ya Rasulullah ..............................
Insan terpuji dan bernas akhlaknya .....................

Diri ini fakir ......
Tiada sesuatu pun hamba yang punya ......
Semuanya milik-Mu ya Rabb .....

Diri ini yatim ...
Hamba-Mu ini tiada yang lain ya Allah ......
Hanya Engkau yang diri ini ada .. ya Allah ....

Diri ini fakir ......
Bantulah hamba, Ya Allah .....
Agar terus dapat beribadat kepada-Mu sentiasa ....

Diri ini yatim ....
Bantulah hamba Ya Allah ....
Agar terus dapat memegang amanah-Mu di dunia ini dengan baik ........

Diri ini fakir dan yatim......
Ampun segala dosa hamba Ya Allah .....
Maafkan segala salah dan silap hamba Ya Allah ....

Berilah rahmat dan redha-Mu Ya Allah .....
Kepada hamba-Mu yang fakir dan yatim ini.... Ya Allah .....




Sunday, March 16, 2014

Manisnya Rasa Cinta Pada-Mu

Hamba yang papa pahala .....
Hamba yang tidak sempurna ibadah .....
Hamba yang leka dibuai nafsu dan dosa .............

Kadang kala terdetik rasa cinta pada-Mu ......
Manisnya tidak terhingga rasanya ..................
Sedapnya sehingga tidak terkata-kata ........

Itu rasa cinta daripada hamba-Mu yang dhoif lagi hina ini.....
Sudah hilang nikmat segala-galanya .....

Apatah lagi rasa cinta yang hadir di sanubari kekasih-kekasih-Mu ....
Yang mengerti akan hakikat dan makrifat .....
Pasti enak dan rasanya nikmat tidak terhingga ..........................

Ya Rabb ..apalah kiranya dapat diri ini rasai nikmatnya itu ....
Sekelumit cinta itu kadang kala cuma kadang kalanya sahaja ....
Hati hitam bersalut noda dan dosa ....

Berikanlah bantuan Mu ya Rabb ....
Dalam mendidik hati ini ke arah rahmat dan redha-Mu....
Itu sebenarnya dambaan hati ini ........
Tetapi dibuai laju oleh mimpi nafsu yang rakus ...
Dan bisikan syaitan yang tanpa ada tepian jemunya .....

Bantulah dan kurniakanlah hidayah dan pentunjuk-Mu yang lurus ....
Wahai Kekasihku yang kucintai satu-satunya dan selama-lamanya.........



Tuesday, February 25, 2014

Munajat Si Hamba

Ya Allah .........
Hamba terlalu cintakan Mu .........
Hamba terlalu cintakan kekasih-Mu .................

Janganlah Engkau cabut rasa cinta ini ya Allah selama-lamanya.......
Walau pun diri ini diseksa di alam barzakh Mu ....
Walau pun diri ini diseksa di neraka Mu ...
Walau pun diri ini diuji dengan pelbagai di dunia Mu ini..
kerana kejahilan dan dosa-dosa hamba .....Ya Allah ....

Hamba terlalu mencintai Mu .. Ya Allah ...
Hamba terlalu mencintai Mu , kekasih-Mu ... Ya Allah .....

Walau pun diri ini bukan antara kekasihMu Ya Allah ....
Kau tetap kekasih dihati ini Ya Allah .....

Walau pun ibadah hamba tidak sesempurna kekasih-kekasih Mu Ya Allah .....
Walau pun solat dan zikir hamba tidak sesempurna kekasih-kekasih Mu Ya Allah .....
Walau pun munajat dan hidup hamba tidak sesempurna kekasih-kekasih Mu Ya Allah...
Ampunkanlah dosa-dosa diri ini Ya Allah ......
dan jangan sesekali Kau cabut rasa cinta ini kepada Mu....Ya Allah..
dan rasa cinta hati ini kepada kekasih-Mu ya Allah .....

Allah Ya Allah .... Allah Ya Allah .......


Thursday, August 29, 2013

Berhala Moden Masa kini

Ya Allah jauhkan diriku, ahli-ahli keluargaku, zuriatku dan keturunanku daripada berhala moden ini. Ameen.


Alkisah terjadu di satu kampung, berlaku satu situasi tsunami bola di mana, para makmum semuanya meminta pak imam segerakan solat, cepatkan zikir dan tiadakan majlis-majlia tahlil.


Begitu juga berpesan-pesanlah warga kampung sesama merekan agar tiada diadakan majlis untuk masa tertentu tersebut.

Lengganglah masjid daripada majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis mengungati Allah.

Berduyun-duyunlah mereka menghadap tv di kedai-kedai mamak dan di rumah masing-masing.

Itu belum di stadium dan jalan-jalan menujunya. Kesemuanya sesak bangat kata orang seberang.

Masya Allah. Saya rasa menangis Rasulullah sekiranya ada melihat akan umatnya yang sudah berbahalakan bola sepak, berhala moden masa kini.

Tiada masalahnya untuk bermain dan berhibur dengan bola sepak tetapi jangan terlalu taksub sehinggan memberhalakannya. Ingatlah Allah tuhan kita semua yang maha esa.

Thursday, January 31, 2013

Satu Hilang Digantikan dengan Empat Kurniaan II

Bila ditanya bagaimana perkara ini boleh terjadi?

Beliau hanya menjawab bukan kerana  kepandaiannya atau kehandalannya kerana ada lagi orang-orang yang lebih handal dan hebat.

Bila ditanya lagi, jawabnya, ini semua kehendak Allah Taala dan kurniaan-Nya.

Kurniaan-Nya ini bukan bermakna dia seorang yang baik tetapi mungkin kebaikan yang dibuat pada orang lain terutama ibu bapa atau disebabkan rezeki yang diberikan oleh-Nya kepada anaknya yang baru lahir menerusi perkara tersebut.

Kadang kala, kita terlepas pandang dalam rahsia itu ada rahsia yang tersembunyi. Dalam sesuatu keburukan dan kezaliman itu ada kebaikan yang tersembunyi. Radha Allah juga adalah matlamat utama.




Friday, January 18, 2013

Satu Hilang Digantikan dengan Empat Kurniaan



Ini satu kisah benar seorang hamba Allah yang bekerja semata hanya kerana Allah bukan kerana ketuanya semata-mata.

Satu hari ketuanya mahu menawarkan anugerah pekerja cemerlang tetapi dihalang ketua atasannya. Alasannya tiada sumbangan kepada organisasi. Pekerja tersebut dipanggil oleh ketuanya untuk mendapatkan bahan-bahan yang membolehkan dirinya diberi anugerah tersebut.

Pekerja tersebut dengan redha memberi tahu ketuanya, apa yang tertulis dalam borang prestasi tersebut adalah pencapaiannya. Jadi, tiada apa-apa yang dapat diceritakan.

Namun begitu, walau pun tidak dapat anugerah tersebut , Allah kurniakan 2 kali untuk 2 anugerah kepada pekerja tersebut pada hari pencapaian anugerah cemerlang tersebut. Walau pun, dihalang mendapat anugerah, dengan izin Allah dapat juga pekerja tersebut naik ke pentas.

Seterusnya, di majlis yang berasingan, pekerja tersebut mendapat 2 anugerah cemerlang lagi. Walau pun anugerah-anugerah tersebut tidak lah setanding dengan anugerah pekerja cemerlang.

Itulah kuasa Allah sekiranya kita yakin dan bekerja semata-mata untuk-Nya. Mungkin yang pandai membodek ketua mendapat anugerah yang hebat-hebat tetapi akhirnya ke mana?

Satu yang dihilangkan oleh seorang manusia yang bernama ketua, digantikan oleh Allah dengan 4 anugerah daripada-Nya.

Tuesday, January 1, 2013

REZEKI YANG TIDAK TERNILAI

Bila ku dengar sahabat-sahabatku mendapat peluang-peluang perkongsian perniagaan,

Hatiku terdetik, kenapa tidak dipelawa diri ini ?

Bila ku dengari sahabat-sahabatku mendapat peluang-peluang menambah pendapatan,

di konti-konti pekerjaan,

Hatiku terdetik, kenapa tidak dipelawa diri ini?

Adakah diri ini banyak kekurangannya?

Adakah diri ini masih belum mampu menyumbang bakti?

Adakah diri ini masih belum mesra sesama sahabat?

Adakah diri ini masih belum peka kepada sahabat?

Adakah diri ini belum cukup kebaikan yang diberi?

Namun begitu, kulupa dengan rezeki yang tidak ternilai,

Yang dikurniakan kepadaku oleh Yang Maha Kuasa,

Satu rezeki yang tidak nampak pada mata kasar,

Namun begitu sangat besar nikmatnya pada mata hati,

Inilah bahana nafsu dan syaitan,

Lupa pada yang hakikat tetapi maju mengejar satu ketidakpastian,

Ya, Allah terima kasih atas rezeki yang tidak ternilai,

Kekalkan dan tambahkan lagi rezeki tidak ternilai ini,

Agar kuhidup untuk satu yang hakikat dan benar.

Semoga hidup ini penuh dengan perjuangan,

untuk satu kehidupan yang sukar untuk dimengertikan.....

Rezeki yang tidak ternilai