Tuesday, February 25, 2014

Munajat Si Hamba

Ya Allah .........
Hamba terlalu cintakan Mu .........
Hamba terlalu cintakan kekasih-Mu .................

Janganlah Engkau cabut rasa cinta ini ya Allah selama-lamanya.......
Walau pun diri ini diseksa di alam barzakh Mu ....
Walau pun diri ini diseksa di neraka Mu ...
Walau pun diri ini diuji dengan pelbagai di dunia Mu ini..
kerana kejahilan dan dosa-dosa hamba .....Ya Allah ....

Hamba terlalu mencintai Mu .. Ya Allah ...
Hamba terlalu mencintai Mu , kekasih-Mu ... Ya Allah .....

Walau pun diri ini bukan antara kekasihMu Ya Allah ....
Kau tetap kekasih dihati ini Ya Allah .....

Walau pun ibadah hamba tidak sesempurna kekasih-kekasih Mu Ya Allah .....
Walau pun solat dan zikir hamba tidak sesempurna kekasih-kekasih Mu Ya Allah .....
Walau pun munajat dan hidup hamba tidak sesempurna kekasih-kekasih Mu Ya Allah...
Ampunkanlah dosa-dosa diri ini Ya Allah ......
dan jangan sesekali Kau cabut rasa cinta ini kepada Mu....Ya Allah..
dan rasa cinta hati ini kepada kekasih-Mu ya Allah .....

Allah Ya Allah .... Allah Ya Allah .......


Thursday, August 29, 2013

Berhala Moden Masa kini

Ya Allah jauhkan diriku, ahli-ahli keluargaku, zuriatku dan keturunanku daripada berhala moden ini. Ameen.


Alkisah terjadu di satu kampung, berlaku satu situasi tsunami bola di mana, para makmum semuanya meminta pak imam segerakan solat, cepatkan zikir dan tiadakan majlis-majlia tahlil.


Begitu juga berpesan-pesanlah warga kampung sesama merekan agar tiada diadakan majlis untuk masa tertentu tersebut.

Lengganglah masjid daripada majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis mengungati Allah.

Berduyun-duyunlah mereka menghadap tv di kedai-kedai mamak dan di rumah masing-masing.

Itu belum di stadium dan jalan-jalan menujunya. Kesemuanya sesak bangat kata orang seberang.

Masya Allah. Saya rasa menangis Rasulullah sekiranya ada melihat akan umatnya yang sudah berbahalakan bola sepak, berhala moden masa kini.

Tiada masalahnya untuk bermain dan berhibur dengan bola sepak tetapi jangan terlalu taksub sehinggan memberhalakannya. Ingatlah Allah tuhan kita semua yang maha esa.

Thursday, January 31, 2013

Satu Hilang Digantikan dengan Empat Kurniaan II

Bila ditanya bagaimana perkara ini boleh terjadi?

Beliau hanya menjawab bukan kerana  kepandaiannya atau kehandalannya kerana ada lagi orang-orang yang lebih handal dan hebat.

Bila ditanya lagi, jawabnya, ini semua kehendak Allah Taala dan kurniaan-Nya.

Kurniaan-Nya ini bukan bermakna dia seorang yang baik tetapi mungkin kebaikan yang dibuat pada orang lain terutama ibu bapa atau disebabkan rezeki yang diberikan oleh-Nya kepada anaknya yang baru lahir menerusi perkara tersebut.

Kadang kala, kita terlepas pandang dalam rahsia itu ada rahsia yang tersembunyi. Dalam sesuatu keburukan dan kezaliman itu ada kebaikan yang tersembunyi. Radha Allah juga adalah matlamat utama.




Friday, January 18, 2013

Satu Hilang Digantikan dengan Empat Kurniaan



Ini satu kisah benar seorang hamba Allah yang bekerja semata hanya kerana Allah bukan kerana ketuanya semata-mata.

Satu hari ketuanya mahu menawarkan anugerah pekerja cemerlang tetapi dihalang ketua atasannya. Alasannya tiada sumbangan kepada organisasi. Pekerja tersebut dipanggil oleh ketuanya untuk mendapatkan bahan-bahan yang membolehkan dirinya diberi anugerah tersebut.

Pekerja tersebut dengan redha memberi tahu ketuanya, apa yang tertulis dalam borang prestasi tersebut adalah pencapaiannya. Jadi, tiada apa-apa yang dapat diceritakan.

Namun begitu, walau pun tidak dapat anugerah tersebut , Allah kurniakan 2 kali untuk 2 anugerah kepada pekerja tersebut pada hari pencapaian anugerah cemerlang tersebut. Walau pun, dihalang mendapat anugerah, dengan izin Allah dapat juga pekerja tersebut naik ke pentas.

Seterusnya, di majlis yang berasingan, pekerja tersebut mendapat 2 anugerah cemerlang lagi. Walau pun anugerah-anugerah tersebut tidak lah setanding dengan anugerah pekerja cemerlang.

Itulah kuasa Allah sekiranya kita yakin dan bekerja semata-mata untuk-Nya. Mungkin yang pandai membodek ketua mendapat anugerah yang hebat-hebat tetapi akhirnya ke mana?

Satu yang dihilangkan oleh seorang manusia yang bernama ketua, digantikan oleh Allah dengan 4 anugerah daripada-Nya.

Tuesday, January 1, 2013

REZEKI YANG TIDAK TERNILAI

Bila ku dengar sahabat-sahabatku mendapat peluang-peluang perkongsian perniagaan,

Hatiku terdetik, kenapa tidak dipelawa diri ini ?

Bila ku dengari sahabat-sahabatku mendapat peluang-peluang menambah pendapatan,

di konti-konti pekerjaan,

Hatiku terdetik, kenapa tidak dipelawa diri ini?

Adakah diri ini banyak kekurangannya?

Adakah diri ini masih belum mampu menyumbang bakti?

Adakah diri ini masih belum mesra sesama sahabat?

Adakah diri ini masih belum peka kepada sahabat?

Adakah diri ini belum cukup kebaikan yang diberi?

Namun begitu, kulupa dengan rezeki yang tidak ternilai,

Yang dikurniakan kepadaku oleh Yang Maha Kuasa,

Satu rezeki yang tidak nampak pada mata kasar,

Namun begitu sangat besar nikmatnya pada mata hati,

Inilah bahana nafsu dan syaitan,

Lupa pada yang hakikat tetapi maju mengejar satu ketidakpastian,

Ya, Allah terima kasih atas rezeki yang tidak ternilai,

Kekalkan dan tambahkan lagi rezeki tidak ternilai ini,

Agar kuhidup untuk satu yang hakikat dan benar.

Semoga hidup ini penuh dengan perjuangan,

untuk satu kehidupan yang sukar untuk dimengertikan.....

Rezeki yang tidak ternilai

Friday, June 15, 2012

Kreativiti Tanpa Sempadan Usia

Seorang budak berumur 9 tahun menggunakan kertas kotak kulit keras sebagai permainan arked.

Sehinggakan menjadi inspirasi seseorang untuk terjemahkan permainannya ke dalam bentuk permainan video.

Maha suci Allah yang menjadikan akal manusia.

Boleh lihat video di bawah:-

<iframe width="640" height="390" src="http://www.youtube.com/embed/faIFNkdq96U" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Sunday, May 6, 2012

Katak Si Katak Lompat: Lompat Tinggi-Tinggi

Pada satu petang, aku dikejutkan oleh anak-anak yang bermain di laman rumah. Mereka melihat katak kecil sedang melompat-lompat.

Aku pun bergegas untuk pergi melihatnya. Maha suci Allah, kecil betul katak tersebut. Tersangatlah kecil. Apa lagi, terus aku mencari sang kamera, tak berjumpa. Lalu, terus mencapai telefon bimbit Nokia isteriku. Aku pun mengambil beberapa tangkapan gambar pada katak tersebut. 

Bagi membolehkan ia mudah untuk dilihat dan senang dikawal, aku meletakan katak tersebut di atas kertas surat khabar dan bersebelahan duit lima sen. Cuba lihat ini.


Cuba bandingkan, mana yang lebih besar antara duit 5 sen dan katak tersebut?


Gambar di atas agak kabur sedikit. Cuba lihat yang seterusnya..

Inilah Maha Suci Allah Taala.