Wednesday, December 11, 2024
CORETAN HATI RUFAYDA 1
[14/01, 4:56 pm] rufayda: Menangis kerana disebabkan ibubapa merupakan penawar kehidupan masa akan datang dan akan kita sedar pada masa itu. Membuatkan ibubapa kita menangis, itulah racun kehidupan untuk kita, hidup takkan berkat didunia sehingga akhirat.
[20/01, 7:26 pm] rufayda: Anakku sekalian. Kalian nak kat apapun, tak berakhlak dan sebagainya kat apak, tak kisah. Namun jgn sesekali lupa pada Allah yang memberi nafas dan kehidupan kepada kita malah rezeki yang kita dapat. Nafas yang kita sedut dan hembus diizin oleh Allah seumpama bayi sedang menyusui ibunya.
[20/01, 7:26 pm] rufayda: Dalam quran, banyak kisah orang2 zalim seperti firaun, namrod dll. Malah kita benci israel yang menzalimi palestin. Jadi janganlah kita menjadi seperti firaun dan mereka dengan menzalimi diri sendiri dengan meninggalkan apa yang Allah suruh dan buat apa yang Allah larang.
[22/01, 4:41 pm] rufayda: Anakku, walaupun dengan telefon pintar dan media sosial boleh sorok segalanya daripada apak dan umi tetapi lebih kecil daripada habuk pun kita tak boleh sorok daripada Allah. Allahu ma'i, Allah bersama kita. Allah lindung aib kita tetapi tak insaf juga, sikit-sikit Allah akan buka dengan apak dan umi. Jangan ingat apak dan umi tak tahu ya.
[23/01, 12:11 pm] rufayda: Anakku, Allahu ma'i tu lah ehsan yang Nabi Muhammad beritahu dalam hadis, agama itu ada tiga iaitu islam, iman dan ehsan.
[23/01, 12:13 pm] rufayda: Ehsan adalah mata hati kita sentiasa nampak keberadaan, keagungan dan keesaan Allah taala dalam setiap gerak dan diam kita. Itu dinamakan musyahadah.
[23/01, 12:14 pm] rufayda: atau ehsan itu adalah kita sentiasa sedar Allah Taala sentiasa mengawasi dan beri perhatian kepada dalam setiap gerak dan diam kita. Itulah muqorobah.
[23/01, 12:16 pm] rufayda: Kedua-dua jenia ehsan ini boleh terjadi bila kita sedar Allah sentiasa bersama kita, Allahu ma'i. Jadi berpada-pada lah dalam hidup ini.
[23/01, 12:18 pm] rufayda: Tidak timbul soal apak, umi, cikgu, pensyarah, cikgi, crush, crash, crush atau apa sahaja melainkan yang timbul hanya Allah semata-mata.
[23/01, 12:18 pm] rufayda: Allahu ma'i. Allah bersama kita.
[24/01, 12:27 pm] rufayda: Anakku, dalam ceramah tn guru salleh pagi tadi pasal hadis ini, bila Rasulullah jelaskan pasal Islam dan iman, malaikat Jibrail jawab soddaqun, benar tetapi bila Rasulullah cerita pasal ehsan, Jibrail tak kata apa.
[24/01, 12:29 pm] rufayda: Iman dan Islam, Jibrail tahu tetapi tidak ehsan. Ini apak tambah, hanya yang merasai sahaja tahu iaitu Allahu ma'i. Tengok balik mesej sebelum ini.
[26/01, 9:54 am] rufayda: Anakku, pada hari ramai muda-muda dah kena penyakit mental.
[26/01, 9:55 am] rufayda: Dulu bila sebut penyakit mental, gila tetapi ia adalah kekusutan dan kecelaruan pada fikiran yang waras.
[26/01, 9:57 am] rufayda: Punca utama penyakit mental adalah terlalu mengikut hawa nafsu amarah yang jahat. Dengan itu mudahlah syaitan menghasut dengan kejahatan dan kelalaian.
[26/01, 10:00 am] rufayda: Ubat utama penyakit mental ini adalah Allahu ma'i. sentiasa ingàt kepada-Nya sentiasa dalam setiap gerak dan diam. Nak buat kena banyak mujahadah dan latihan kerana musuh kita ada 3 iaitu hawa, nafsu dan syaitan.
[26/01, 10:01 am] rufayda: Bak kata wak kandar, nabi beritahu ada perang yang lebih besar daripada perang biasa iaitu perang hawa nafsu.
[26/01, 10:01 am] rufayda: Wak kandar bagi ayat ini yang boleh diamalkan bila-bila masa.
[26/01, 10:02 am] rufayda: Kashdus said mukhtarinam bifirghlih
[26/01, 10:03 am] rufayda: Ayat ini untuk elak kita terpengaruh dengan hawa nafsu amarah yang jahat. Insya Allah. Bi iznillah.
[26/01, 10:04 am] rufayda: siapa wak kandar, boleh tanya anakanda Ameen, pernah jumpa.
[27/01, 3:10 pm] rufayda: Anakku, satu ayat untuk amalan hilangkan lupa daripada tuan guru soleh, ayat al a'la, ayat 6. baca 7 kali, setiap kali tu sapu keliling kepala cara tawaf. kemudian tekan atas kepala, baca sekali lagi dalam hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment