Titian Fana
Wednesday, August 9, 2023
Friday, January 1, 2021
SEMBANG KELUARGA DI HUJUNG 2020
Senantiasalah kita membaca Ta'awudz iaitu:-
أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ
Bacaan ini, kita meminta perlindungan daripada Allah akan gangguan syaitan dan iblis yang sudah berjanji akan menganggu keturunan anak cucu Nabi Adam a.s.
Namun begitu, si iblis telah membocorkan rahsianya iaitu dia tidak berupaya menganggu hamba Allah Taala yang IKHLAS.
Jadi, ada yang kata susah untuk berlaku ikhlas seperti mana semuat hitam yang berjalan atas batu hitam di kegelapan malam.
Inilah jawapannya, ikhlas itu berbuat sesuatu kerana Allah Taala seperti mana semuat hitam yang berjalan atas batu hitam di kegelapan malam. Hilangkan rasa keakuan diri. Ini perlukan ilmu, praktis, dan meminta daripada-Nya.
Natijahnya atau hasil daripada ikhlas adalah menjadilah hamba yang BERSYUKUR kepada Allah Taala. Seperti mana junjungan kita Nabi Muhamammad S.A.W yang sentiasa ingat kepada Allah Taala walaupun ketika tidur dan solat sehingga bengkak- bengkak kaki.
Bila ditanya kenapa kerana baginda sudah dijamin syurga, menjadilah baginda hamba Allah yang bersyukur.
Ingatan ini untuk saya semata. Ya Allah jadikanlan hamba-Mu ini seorang yang IKHLAS dan BERSYUKUR kepada-Mu. Aamiin.
Wednesday, December 30, 2020
Monday, June 3, 2019
Deduri Bunga
Apabila si isteri menjadi duri .....
bagi si suami yang tekun mentaati ibunya ...
Mengertilah wahai si isteri ....
Ini bukan sekadar taat perintah Allah dan Rasul ..... ya itu sudah tentu kepastiannya ....
Ini bukan soal syurga dan neraka .. ya itu sudah tentu kemahuannya ....
Tetapi jerih pengorbanan si ibu dalam membesarkan anaknya ....
Dalam suka duka lara tanpa mengenal erti jemu .....
Lautan kesusahan dan keperitan diharungi ....
Demi melihat sesosok tubuh anak hidup bernafas segar ....
Namun, tanpa pengorbanan itu pun.....
Lebih bererti lagi dengan berkorban nyawa dan tenaga .......
Dengan kasih sayang membelai 9 bulan lamanya ....
Si anak dalam kegelapan perut si ibu.....
Lebih tinggi lagi apabila ......
Nafas dan nyawa menjadi tarungan setiap detik ....
Dalam mengeluarkan si anak daripada kegelapan satu dunia kepada satu dunia yang lebih terang ....
Inilah kasihnya Ibu ...membawa ke syurga ...menyayangi anaknya seikhlas hati ...
Kasih sayang pinjaman tuhan .....
Bersyukurlah kepada Allah Taala dengan menghormatinya ibu selebih-lebih layaknya ......
Kerana jasanya .. tak akan terbalas oleh si anak .....
Semoga Allah Taala membalas jasanya Ibu dengan syurga yang tertinggi .........
Si isteri yang menjadi duri perlu mengerti .....
Berkorban lah sedikit ego dan sombongmu ....
Walaupun benci di mata dan hati ......
Layanlah Ibu si suami mu selebih-lebih layaknya .......
Mengertilah wahai si isteri ......
Syurgamu menjadi syarat ketaatan kepada si suami ....
Derhaka kepada suamimu..... nerakalah balasan Allah Taala .....
Menyakiti ibu si suamimu ....walaupun sebesar zarah cuma .....
Samalah derhakanya si isteri kepada si suami ......
Fikirlah sebelum bertindak ..... dunia ini memang bukan benda yang disukai ....
Ajarlah anak-anakmu juga beradab sopan kepada ibu pada si suamimu ....
Bukan melampiaskan dendam kesumat ... dengki dan cemburu buta ...
Jangan jadikan anakmu sebagai ejen menyakiti hati ibu si suamimu ...........
Dengan menggelapkan hati anak-anakmu .......Kasihanilah mereka ....
Demi masa depan mereka .... mengairi dunia ini ...... mencapai bahagia akhirat ....
Ingatlah nikmat itu mungkin boleh jadi ......
Nikmat kurniaan Allah Taala atau pun ....
Istidraj kemurkaan Allah Taala .....
Jangan sampai istidraj mengjangkaui anak-anakmu yang tidak berdosa ....
Atas kealpaan si isteri dengan sombong dan bangga kehebatan diri .....
Menjadilah firaun dan iblis ....
Binasa selamanya di dunia dan akhirat .........
Sunday, January 6, 2019
Seloka Senonoh
Dengarlah wahai anakku sayang,
Ingatlah lelaki yang tidak senonoh itu,
Suka hanya pada perempuan yang senonoh sebagai teman hidupnya,
Apakan lagi lelaki yang senonoh,
Sudah tentu perempuan senonoh jua diingini menjadi suri hidupnya ......
Perempuan tidak senonoh itu,
Hanya menjadi pujaan hati sang lelaki yang tidak senonoh itu,
Bukanlah kerana disukainya untuk menjadi teman,
Tetapi sekadar mainan penghibur nafsu sahaja,
Habis madu sepah dibuang begitulah diibaratkannya ....
Senonoh itu adalah berakhlak dan berpekerti mulia,
Rasulullah S.A.W menjadi teladannya .....
Senonoh itu juga adalah menjadikan segala tindakan sebagai ibadah,
Beribadah semata-mata kepada Allah Taala ....
Beribadah sebagai ehsan seorang hamba kepada Tuhannya,
Allah ya Rabbal Alamin .......
Wednesday, May 31, 2017
Rintihan Fatihah
Ya Allah .....
Hambamu ini berlindung dengan Engkau daripada segala jenis gangguan syaitan yang direjam....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ......
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah, tuhan bagi sekalian alam .......
Semua dan segalanya selain Engkau termasuk hamba-Mu ini ......
adalah hambamu yang fakir, yang tidak mempunyai apa-apa dan sesiapa .....
Hanya Engkau yang kami ada .......
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .....
Terima kasih di atas segala pemberian-Mu yang tidak terkira banyaknya......
Sekecil-kecil benda sehinggakan hembusan nafas yang tak terlihat oleh mata ini .......
Semuanya milik-Mu dan pemberian-Mu
Kaulah Ya Allah .....
Yang Maha Berkuasa dan menguasai hari pembalasan ....
Hamba-Mu ini tidak mempunyai apa-apa daya ....
Melainkan tunduk keseluruhannya kepada-Mu ya Allah ....
Hanya pada Kau, kami sembah ......
Hanya pada Kau. kami meminta pertolongan .....
Hamba-Mu ini tidak mempunyai sesiapa dan apa-apa melainkan Kau Ya Allah ....
Bantulah kami .... Ya Allah....
Terimalah segala permintaan Hambu-Mu ini yang fakir .... Ya Allah ....
Bimbinglah kami ke jalan-Mu yang lurus... Ya Allah
Bagi mendapatkan redha-Mu .. Ya Allah....
Kerana Hamba-Mu ini sering tewas pada bisikan syaitan dan hawa nafsu yang jahat...
Jalan di mana orang-orang yang telah Kau beri nikmat yang baik ....
Sebagai mana para solihin, sidikin, syuhada, nabi-nabi dan rasul-rasul....
Terutama sekali, jalan yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.....
Kurniakanlah nikmat yang baik ini kepada hambu-Mu yang fakir ini...
Bukan jalan orang-orang yang Kau murkai ....
Sebagaimana orang-orang yahudi yang menyembunyikan kebenaran....
dan tidak mengamalkan kebenaran-Mu.....
Bukan juga jalan orang-orang yang sesat ......
Sebagaimana orang-orang nasrani yang tersesat dengan amalan mereka....
dan hanyut dalam kesesatan dalam mengenal kebenaran-Mu .. Ya Allah .....
Hindarilah hamba-Mu ini, umat ini dan kaum keluarga kami....
daripada golongan-golongan yang sesat dan dimurkai ini.....
Amin... Terimalah permintaan kami ini ya Allah .......
Sunday, December 18, 2016
Duhai Anakku Sayang
Duhai Anak-Anakku sayang,
Apakmu mahu berkongsi dengan anak-anak apak yang disayangi dalam kaedah beramal kepada Allah Taala ........
Ketika satu dahulu, semenjak apakmu di zaman budak-budak .......
Apakmu beramal seperti solat dan sebagainya kerana takut dengan azab Allah Taala dengan api neraka-Nya .......
Kebanyakkan masa ketika itu, amalan yang wajib takut ditinggalkan oleh apakmu kerana takut kepada Allah Taala ......
Apabila perkara ini dikekalkan, timbul pula niat dan kehendak untuk beramal untuk dapatkan pahala dan syurga seperti mana janji Allah Taala menerusi Nabi Muhammad dan Al-Quran ....
Banyaklah kebaikkan dan amalan sunat dibuat untuk mendapatkan pahala dan syurga Allah Taala ... Ini tidak salah wahai anak-anakku sayang ......
Tetapi setakat banyak mana pahala yang boleh kita kumpul atau setakat banyak mana kebaikkan yang boleh dibuat untuk mendapatkan balasan baik atau syurga milik Allah Taala?
Begitu juga amalan yang kita buat untuk mendapat balasan baik daripada Allah Taala dan menghindari daripada kemurkaan Allah Taala belum tentu diterima Allah Taala.
Ada dua syarat utama untuk anak-anakku sayang diterima amalan oleh Allah Taala iaitu ikhlas dan sempurna.
Ikhlas dan sempurna bukan sesuatu yang mudah. Bahkan Allah menyatakan ikhlas itu adalah rahsia-Nya sehinggakan malaikat sendiri pun tidak tahu.
Sempurna pula memerlukan kita cukup dengan segala ilmu pengetahuan yang benar dan mencontohi Nabi Muhammad S.A.W dan yang mengikuti baginda menuruti Al Quran.
Banyak para ilmuan agama Islam menyarankan kita semua agar beribadat dan beramal untuk mendapat keredhaan Allah Taala semata-mata ... Inilah yang sebenar-benarnya wahai anak-anakku ...
Namun begitu wahai anak-anakku, untuk timbulkan rasa untuk mendapatkan ibadat semata-mata redha kepada Allah Taala, ikhlas dan sempurna bukan mudah wahai anak-anakku sayang.
Bagi mendatangkan manisnya untuk beribadat dan beramal kerana Allah Taala, apakmu mendapat petunjuk daripada Allah Taala dan ini tidak lari daripada ajaran Islam iaitu apa sahaja yang anak-anakku sayang buat, buatlah kerana Allah Taala suka perbuatan itu, buat kerana kita ini hamba-Nya dan buat kerana untuk mengingati-Nya semata-mata.
Sebagai contoh, bila kita berdoa, bukan semata-mata berdoa untuk mendapatkan hajat tertentu tetapi berdoa untuk ingat kepada Allah Taala dan berdoa sebagai hamba Allah Taala.
Begitu juga dalam amalan-amalan tertentu yang Allah Taala beri ganjaran dan pahala yang banyak, bukan semata-mata untuk mendapatkan pahala tersebut wahai anak-anakku sayang tetapi fikirlah semakin tinggi ganjaran atau pahala yang Allah berikan, sudah tentu Allah Taala suka hambanya melakukan amalan tersebut.
Namun begitu, aqidah kita perlu kuat kerana amalan kita itu wahai anak-anakku tidak sedikit pun memberi kesan kepada kekuasaan Allah Taala. Kitalah juga yang mendapat manfaatnya.
Jadi wahai anak-anakku sayang, apabila kita berfikir sama ada doa/amalan kita diterima Allah Taala atau pun tidak atau kita mendapat pahala/kebaikkan atau pun tidak, ingatlah dua perkara yang telah kita buat dan dapat iaitu kita dapat ingat kepada Allah Taala wahai anak-anakku dan buat sesuatu yang Allah Taala suka.
Ingatlah wahai anak-anakku sayang, apa sahaja yang kita buat didunia ini niatlah untuk ingat kepada Allah Taala semata-mata.
Ingatlah wahai anak-anakku sayang, apa sahaja yang kita buat didunia ini niatlah untuk buat apa yang Allah Taala suka semata-mata.
Dua perkara ini bukan apakmu dapat daripada mana-mana ustaz atau kitab atau mana-mana tetapi semata-mata ilham daripada Allah Taala.
In sya Allah, apa sahaja amalan akan Allah mudahkan untuk kita capai ikhlas dan sempurna.
Seterusnya, mudahlah untuk amalan itu diterima dan diredhai Allah Taala.
Perkara ini apakmu mahu kongsikan kepada anak-anak tersayang sekalian. Simpanlah ia sebagai azimat cuma jangan dikhabarkan daripada apakmu melainkan kepada anak-anak dan cucumu di kemudian hari.